Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA)

TBNSA atau lebih dikenali sebagai Bukit Cahaya Seri Alam, Bukit Cherakah dan Tanam Pertanian Malaysia adalah salah satu taman botani yang telah diwartakan oleh kerajaan sebagai satu tempat rekreasi awam. Ianya terletak di pinggir pusat bandaraya Shah Alam di Seksyen 8, Shah Alam. TBNSA dibangunkan sejak April 1986 dirasmikan oleh Sultan Selangor ke -9 iaitu Almarhum Salahuddin Abdul Aziz Al-haj Ibni Hisamuddin Alam Shah Al-haj pada tahun 1991 dengan nama Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Berkeluasan 326.8 hektar merupakan satu kawasan rekreasi dengan konsep botani hutan hujan tropika. Tujuan asal penubuhan TBNSA sebagai satu pusat pendidikan, penyelidikan sainstifik dan pemuliharaan sumber untuk botani, hortikultur, florikultur dan pelbagai bidang berkaitan di Malaysia.

Secara tidak langsung, ianya sebagai satu platform kesedaran kepada umum mengenai tumbuh-tumbuhan di Malaysia. Selain itu, TNBSA menjadi tempat rekreasi hujung minggu kepada semua untuk mendapatkan ketenangan, menghilangkan tekanan kerja dan menyihatkan badan dengan pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di sini.

TNBSA telah dianugerahkan pengiktirafan sebagai Anugerah Pelancongan Malaysia, Sektor Kerajaan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun 1992. Ianya dibuka seawal jam 7.30 pagi hingga 5.00 untuk hari Selasa hingga Ahad dan taman ini ditutup pada hari isnin kecuali cuti sekolah atau kelepasan am. Kaunter bayaran masuk beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

BAYARAN MASUK

Bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung murah, berpatutan dan tidak membebankan. Berikut merupakan kadar harga yang dikenakan kepada pengunjung:

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Pihak Pengurusan Taman Botani Negara Shah Alam menyediakan beberapa kemudahan asas kepada setiap pengunjung. Bas trem dan perkhidmatan basikal sewa boleh digunakan bagi memudahkan setiap pengunjung untuk melawat ke setiap seksyen atau check point di TBNSA ini. Perkhidmatan bas trem adalah percuma kepada setiap pengunjung manakala basikal perlu disewa dengan harga RM10 sejam dan tambahan RM1 setiap jam kemudiaannya. Terdapat basikal biasa untuk orang dewasa, kanak kanak dan juga basikal yang dilengkapi dengan tempat duduk bayi (baby carrier). Surau, café, tempat meletakkan kereta dan pondok wakaf juga disediakan bagi memudahkan pengunjung ketika berada disini. Harga tiket parking kereta adalah RM 3.00, motorsikal RM 1 dan Bas RM5.

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Terdapat beberapa taman yang menarik perhatian pengunjung yang berkunjung ke sini. Antaranya ialah Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) , Taman Haiwan, Taman Hiasan, Taman Rempah Ratus & Pelbagai Minuman, Taman Kaktus, Taman Buah-Buahan Tropika, Laman Padi, Taman Konservasi Herba & Tumbuhan Ubatan, Empangan & Tasik, Kampung Idaman, Perkambungan Budaya dan Camar Rimba.

Tarikan utama pengunjung adalah Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Landskap di dalam RISEM akan berubah mengikut musim panas, bunga, musim gugur, dan musim sejuk. Mengikut kata pekerja TBNSA, bilangan pengunjung akan meningkat ketika cuti sekolah hujung tahun terutama Nov hingga Januari dan kebanyakkan dari mereka pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melawat ke RISEM bagi merasai sendiri kesejukan musim salji. Ini mungkin disebabkan Malaysia adalah cuaca yang beriklim tropika dan tiada musim sejuk.

Tanam Haiwan pula menempatkan binatang seperti burung kakak tua, rusa, landak, kuda, selembu, burung merpati dan lain lain. Ianya menjadi tarikan utama terutama kepada kanak kanak. Taman haiwan ini seluas 72 hektar luas.

Di Taman Rempah Ratus & Minuman pula ditanam dengan the, kopi, lada hitam, nuah pala dan pokok kayu manis ditanam di kawasan bukit seluas 16 hektar. Pengunjung juga didedahkan kepada model rumah kayu yang dipamerkan.

TBNSA mempunyai landskap permandangan yang sangat cantik dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan rakan pada hujung minggu. Persekitaran yang bersih dan pengunjung boleh menikmati keindahan ciptaan ALLAH swt sambil menghirup udara yang segar.

Tidak rugi jika anda luangkan sedikit masa hujung minggu untuk menghilangkan tekanan kerja di TBNSA ini. Penulis telah 2 kali ke tempat ini dan masih lagi mempunyai keinginan untuk ke sini kerana masih tidak puas dengan lawatan sebelum ini. Banyak lagi kawasan yang belum penulis pergi. Harapannya agar taman botani ini akan kekal hingga generasi yang seterusnya.

Latest posts by Harress (see all)
Kongsikan!
  • 10
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    10
    Shares

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Agro-pelancongan, Travel and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply