Tanaman Solar

PENGENALAN

Tenaga solar ialah teknologi yang dicipta untuk menjana tenaga dari cahaya matahari. Tenaga dapat dijana apabila cahaya matahari yang dipancarkan pada panel solar dikumpulkan dan diubah oleh alat inverter kepada walt atau voltan yang sesuai untuk pengguna (domestik – rumah atau industri perkilangan). Ianya lebih selamat, mesra alam dan merupakan sumber tenaga boleh ubah.

Tenaga solar banyak digunakan untuk pemanasan rumah, menjana elektrik, sistem pengangkutan dan industri perkilangan dan perumahan. Negara negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman telah mengguna pakai teknologi tenaga solar ini sebagai satu alternatif untuk menjana tenaga elektrik. Banyak kajian penyelidikan membuktikan bahawa penggunaan tenaga solar sebagai sumber eletrik lebih menjimatkan kos.
Pengenalan tanaman diladang solar di Malaysia masih didalam pihak tertentu dan belum dikomersialkan. Ianya diperkenalkan oleh pengusaha dan syarikat yang menjalankan kegiatan penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga solar. Kumpulan ini menjana tenaga elektrik di kawasan tanah yang luas dan besar dan mereka berfikir cara untuk memanfaatkan kawasan tanah yang digunakan bagi tujuan pertanian dan penternakan.

Pelbagai kajian dari syarikat dan universiti penyelidikan mengenai tanaman solar di Malaysia. Faktor cuaca, sinaran matahari, kelembapan dan suhu serta jenis tanaman yang sesuai menjadi petunjuk utama bagi menentukan kejayaan gunapakai teknologi solar pada tanaman. Ini kerana tanaman memerlukan sinaran cahaya matahari dengan kadar optimum bagi membesar dengan sihat.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggalakkan semua pihak sama ada penyelidik, syarikat swasta atau awam dan orang awam menghasilkan teknologi yang boleh memanfaatkan ruang terbiar di panel tenaga solar. Ianya merupakan suatu inovasi yang boleh dikomersialkan dan menjana pendapatan yang tinggi.
Kebanyakkan ladang solar yang dibina oleh pihak kerajaan biasanya memakan kawasan sekurang kurangnya 3 atau 4 hektar kawasan tanah. Kawasan tersebut boleh dimanfaaatkan dengan menanam pelbagai jenis tanaman bersesuaian dengan cuca, iklim suhu dan kelembapan kawasan tersebut.

KEPERLUAN TANAMAN SOLAR

Pemilihan kawasan dan faktor cuaca memberikan tanda aras kejayaaan projek tanaman solar. Kawasan yang mempunyai sinaran cahaya matahari yang lebih terang dan melebihi 6 jam membolehkan tanaman berkembang dengn baik. Di Malaysia, negeri Perlis merupakan negeri yang lebih panas dengan pancaran cahaya matahari yang baik. Beberapa syarikat swasta dan agensi telah mula menjalankan kajian dan penyelidikan mengenai tanaman solar di sana.

Panel solar diladang perlulh didirikan 2.5 hingga 2.5 meter dari aras tanah supaya cahaya matahari boleh menembusi panel solar dn sampai ke tanaman. Panel solar dipasang diatas bumbung lutsinar rumah hijau atau struktur pelindung hujan dimana pada waktu siang, panel solar menjana elektrik yang diperlukan dan pada masa yang sama, tanaman boleh menjalankan proses fotosintesis (proses pembuatan makanan) dari cahaya matahari yang sampai kepada tumbuhan. Faktor cahaya, kelembapan dan suhu kawasan perlu diberi perhatian khusus bagi menjayakan projek tanaman solar ini.

JENIS TANAMAN YANG SESUAI

Berikut merupakan tanaman yang sesuai ditanam di ladang solar:
1. Cili
2. Rock Melon
3. Pokok Herba Misai Kucing
4. Stevia
5. Terung
6. Petola
7. Kacang Bendi
8. Halia

KELEBIHAN TANAMAN SOLAR

Antara kelebihan yang boleh didapati daripada penggunaan tanaman solar adalah penghasilan 2 produk dalam satu masa yang sama iaitu tenaga elektrik dan hasil tanaman. Penjanaan tenaga elektrik yang lestari dimana cahaya matahari yang dikumpul di panel solar ditukarkan ke tenaga elektrik untuk kegunaan harian. Pada masa yang sama, suatu industri pertanian moden menggunakan teknologi fertigasi dan konsep rumah hijau boleh diguna pakai. Pengusaha boleh menjadi usahawan tenaga elektrik dan pekebun atau peladang berjaya.

Selain itu, ianya menjimatkan tenaga kerja dimana hanya satu pekerja sahaja yang diperlukan untuk mengawal dan menjaga kawasan tanaman solar bagi kawasan 1 hektar. Pekerja hanya perlu menyelengara, meracun dan memastikan pertumbuhan dan perkembangan tanaman. Pembajaan dan penyiram air dilakukan secara automatik secara fertigasi dimana pengusaha hanya perlu menetapkan masa penyiram dan memastikan bekalan elektrik dari tenaga solar berfungsi dengan baik.

Tanaman solar boleh menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi, sihat dan tidak berpenyakit. Ini kerana konsep rumah hijau yang mengunkan perlindungan kalis serangga dapat menghindarkan tanaman daripada terkena penyakit atau serangan makhluk perosak. Kadar penggunaan racun juga boleh dikawal dengan kadar yang minima. Dalam tempoh masa yang singkat, pertumbuhan pokok lebih terkawal dan seimbang kerana pembajaan dan penyiram air kepada tanaman lebih teratur.Kawasan ladang solar juga lebih mesra alam, bersih dan memberikan permandangan yang indah.

Bukan sahaja pertanian moden sahaja boleh diusahakan di ladang solar, malah penternakan kambing atau lembu juga boleh dilakukan di ladang tersebut. Akan tetapi ianya memerlukan kajian mendalam bagi mengetahui kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia kerana kebiasaannya kawasan solar mempunyai kesan radiasi.

KELEMAHAN TANAMAN SOLAR

Tanaman solar memerlukan kos penyelenggaraan dan input material yang tinggi. Selain itu, ianya memerlukan kawasan ladang yang luas sekurang kurangnya 2 atau 3 hektar kawasan tanah. Pelaburan kewangan yang tinggi diperlukan bagi menjayakan projek ini.

Selain itu, ladang solar boleh ditanaman dengan tanaman tertentu sahaja seperti cili dan rock melon yang tahan dengan suhu tinggi. Tanaman beriklim sejuk seperti strawberi, limau, salad hijau tidak sesuai ditanam. Pokok pokok buah buahan seperti durian, rambutan, langsat atau manggis juga tidak sesuai ditanam kerana pokok ini memerlukan kawasan yang luas dan pertumbuhan yang tinggi. Pokok renek seperti cili dan rock melon hanya memerlukan ketinggjan maksima disekitar 1.2 meter hingga 1.5 meter.

KAJIAN DAN APLIKASI TANAMAN SOLAR

Tanaman solar di Malaysia diperkenalkan sekitar tahun 2013. Antara syarikat dan agensi kerajaan yang telah mengaplikasikan tanaman solar adalah syarikat Cypark Resources Berhad (Cypark) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Cypark Resources Berhad (Cypark) merupakan syarikat janakuasa dan pembekal tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang telah membuka tapak ladang Agri-Solar di Kampung Wai, Kuala Perlis menggunakan kaedah Pertanian Moden Berintegrasi Tenaga Solar (AIPV) seluas 2 hektar tanah. Kajian awal mengenai tanaman solar dilakukan dalam masa 2 tahun di Pajam, Negeri Sembilan. Kajian tersebut mendapat kerjasama dengan pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi mengkaji jenis tanaman yang sesuai ditanam di ladang solar.

Pengurus Besar Cypark, En Achmat Nadhrain Ibrahim berkata kepada media semasa Majlis Kembara Jabatan Penerangan: Syarikat Cypark memanfaatkan tanah di sekitar ladang solar dengan menanam rock melon dan cili. Tanaman yang dituai dijual kepada peraih yang terpilih.Setiap hari syarikat ini menjana kira kira 4 megawatt tenaga elektrik yang memberi manfaat kepada 8000 isi rumah di kampong berhampiran. Pada masa yang sama mereka juga menternak 26 ekor kambing yang telah disahkan melalui pelbagai kajian oleh agensi berkaitan. Ternakan dan tanaman dari syarikat Cypark bebas dan selamat dari sumber radiasi.

Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah Fakulti Kejuruteraan (Kejuruteraan Proses dan Makanan) juga membuka Ladang Agro-PV kendalian Dr Mohammad Effendy Yaacob dengan menanam pokok herba misai kucing dibawah panel solar. Pokok misai kucing diletakkan dibawah teknologi Solar Fotovoltik berkapasiti 10 KWp.
Melalui kajian tersebut, tanaman mencapai tempoh matang lebih awal berbanding penanaman normal. Tempoh tuaian 3 bulan selepas tanam. Saiz daun, pucuk dan misai tumbuh 3 kali ganda besar berbanding biasa dan tumbuhan lebih sihat dan segar. Ianya juga telah dibawa ke dalam makmal bagi menguji paras radiasi dan ternyata tumbuhan ini selamat dan bebas radiasi.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Solar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply