Tanaman Herba: Aregano

Seiring dengan kepantasan teknologi maklumat dunia, ianya sedikit sebanyak telah merubah corak dan trend pemakanan manusia. Faktor kekurangan masa diatas kesibukkan mencari rezeki, tidak pandai memasak, pelbagai gerai, warung atau restoren makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan yang menyajikan pelbagai jenis makanan segera. Malaysia terutama negeri Pulau Pinang adalah syurga makanan dan destinasi percutian yang tidak akan mengecewakan bagi si pemburu makanan atau food hunter. Makanan seperti nasi kandar, rojak, pasembor, tauhu bakar, mee udang, cendol, kue teow laksa dan banyak lagi.

Faktor faktor diatas menyebabkan amalan memasak di rumah kurang dipraktikkan dan akhirnya kemahiran dan minat memasak terutama kepada gadis belia berkurangan. Mereka lebih gemar untuk memilih makan di luar berbanding untuk memasak. Keadaan ini jika dibiarkan akan mengubah corak sosialogi masyarakat. Kemungkinan di masa hadapan ramai yang tidak kenal rupa bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan herba masakan di dapur. Mereka mungkin boleh merasa tentang keenakkan makanan tetapi tidak tahu apa bahan bahan yang menyumbang kepada keenakkan makanan tersebut.

Seperti contoh, spageti yang dinikmati di restoren makanan segera. Aroma yang terkandung di dalam sos spageti tersebut akan memenuhi ruang makan lalu membangkitkan rasa dan selera si pemakannya. Aroma ini terbit dari herba yang dimasak bersama sos tersebut. Namun apakah ia herba tersebut. Ianya adalah serbuk daun aregano yang telah dikeringkan. Terdapat perbezaan ketara samaada mencampurkan herba ini atau tidak untuk masakan spaghetti. Dengan kehadiran herba aregano, ianya lebih harum dan menyelerakan. Selain spaghetti, aregano juga ditabur pada pizza bagi membangkitkan aroma pizza yang telah dibakar.

POKOK AREGANO

Aregano yang berasal dari keluarga Lamiaceae dan nama botaninya adalah Origanum Vulgare L. banyak ditanam di negara Eropah. Tumbuhan renek ini hanya tumbuh dengan ketinggian 1 meter sahaja dan ditemui pada asalnya di kawasan sejuk Mediterannean. Daun aregano adalah seakan akan daun pudina tetapi ianya lebih kecil sedikit dengan saiz daun disekitar 1 hingga 4cm sahaja. Daun aregano muncul pada batang aregano yang berwarna merah pekat dan mempunyai bunga yang berwarna unggu bersaiz 3-4mm panjang.

Jadual berikut merupakan beberapa spesies pokok aregano yang ditanam diseluruh dunia:

KAEDAH SEMAIAN/PENANAMAN

Pokok aregano boleh ditanam melalui biji benih atau keratan batang. Biji benih aregano sangat halus dan kecil dan kelihatan seperti biji benih pudina. Ianya boleh ditanam di dalam pasu yang mengandungi media tanaman yang bernutrisi. Benih aregano boleh disemai di atas tray semaian dan benih hanya perlu ditabur. Benih tidak perlu dikambus, tetapi dianya perlu disembur dengan air spray halus. Semaian perlu ditutup dengan plastik gelap dan diletakkan di kawasan terlindung dari cahaya matahari bagi menggalakan percambahan benih. Selepas 3 hari, plastik dibuka dan tray diletakkan pada kadar cahaya matahari yang sedikit seperti di tingkap atau di garaj kereta. Siraman dilakukan supaya benih yang bercambah tidak kering atau mati. Semaian akan tumbuh dalam masa 1 minggu. Dalam masa 1 minggu daun kecil, batang dan akar pokok aregano akan bercambah. Ianya boleh dipindahkan ke pasu atau polibeg yang bersesuaian. Siraman air dan pendedahan cahaya matahari menggalakkan pertumbuhan pokok aregano. Melalui keratan batang pula, batang pokok boleh terus dicucuk ke dalam tanah di pasu yang sesuai. Siraman dilakukan bagi menggalakkan pertumbuhan akar dan daun. Aregano boleh dituai apabila ianya mencapai ketinggian 1 meter. Daun agreano akan dikeringkan dan dihiris kasar lalu boleh dicampur ke dalam masakan. Sebaiknya daun aregano kering disimpan di dalam botol atau bekas kedap udara bagi memelihara rasa dan ketahanannya.

KEGUNAAN AREGANO

Selain dari dicampur ke dalam masakan, daun aregano juga boleh digunakan dalam perawatan alternatif. Minyak dari ekstrak aregano digunakan bagi merawat bengkak, lebam atau luka kecil atau gigitan serangga kerana kandungan daun aregano mengandungi unsur antiseptic, expectorant dan antipasmodik. Daun aregano boleh dikunyah segar bagi menghilangkan masalah nafas berbau dan kurang menyenangkan.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Herba and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply