Tanaman Serai

Serai merupakan perencah yang penting dalam masakan seperti rendang, tom yam, kari, sambal ayam dan pelbagai lagi. Ianya adalah tanaman yang mudah tumbuh, tidak memerlukan penjagan yang rapi serta boleh ditanam dikebanyakkan jenis tanah kecuali di kawasan berpaya atau berair. Tumbuhan ini akan mengeluarkan rumpun daun yang banyak dan lebat daripada rizom yang padat. Ketinggian serai boleh mencapai sehingga 1.0 hingga 1.5 meter tinggi.

Serai adalah tumbuhan yang berasal dari keluarga Poaceae iatu suku rumput dengan nama botaninya cymbopogon spp. Serai juga disebut dengan nama lemongrass, barbed wire grass, silky heads, citronella grass, cha de Dartigalongue, fecer grass dan pelbagai nama lagi. Terdapat 2 jenis serai yang terkenal dan ditanam di Malaysia dengan 2 tujuan sebagai serai makan dan serai untuk perubatan serta kesihatan.

Serai Makan (cymbopogoncitratus) ditanam dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan manakala Serai Wangi (cymbopogonnardus) ditanam untuk mendapatkan minyak pati yang sangat berguna untuk tujuan kesihatan. Minyak pati tersebut digunakan bagi kegunaan luar mengubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut, serta masalah hilang selera makan. Selain itu, juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga (insect repellent). Lilin atau gaharu diperbuat dariminyak citronella pekat yang boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.Tanaman serai wangi ini dijadikan minyak serai atau losyen bagi tujuan kegunaan luaran sahaja.

Pada asasnya, serai makan tidak mempunyai apa apa bau kecuali variety serai wangi. Namun apabila serai makan tersebut dicampur ke dalam masakan, ia akan menambah kesedapan juadah dengan mengeluarkan aroma seakan akan lemon yang lebih menyedapkan masakan tersebut. Aroma yang harum akan dikeluarkan ketika bahan ini digoreng bersama bawang kecil dan bawang besar. Tumbuhan berperisa lemon ini boleh dikeringkan untuk dikisar menjadi tepung atau digunakan secara segar. Serai yang telah keringakan dicampur ke dalam minuman teh bagi menambahkan lagi rasa segar yang terkandung di dalam minuman tersebut.

Tumbuhan herba ini ditanam secara meluas di kebanyakkan kawasan di Malaysia. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India dan Sri Lanka dan telah tersebar penanamannya keseluruh dunia. Penanaman serai di Malaysia adalah sangat sesuai kerana iklim dan cuaca di Malaysia yang panas dan kering sepanjang tahun. Iklim tropika dan subtropika paling sesuai dalam penghasilan tanaman herba yang berkualiti. Serai makan boleh dijumpai dengan mudah dijual di mana mana pasaraya, kedai sayuran dan pasar harian. Ianya akan dijual segar dengan harga RM 2.50 sekilogram. Tanaman serai ini berpotensi besar untuk dimajukan kerana permintaan terhadapnya sangat tinggi di pasaran terutama pada musim perayaan dan majlis perkahwinan.

CIRI CIRI MORFOLOGI

Serai adalah tanaman seakan rumput yang beraroma dan mempunyai daun yang tumbuh dengan lebat dari batang rizomnya. Berikut merupakan ciri ciri umum tumbuhan serai:

PENANAMAN SERAI SECARA KOMERSIAL

Sebelum menanam serai, pengusaha perlu meneliti samada kawasan penanaman mempunyai ciri seperti berikut:

? Jenis tanah yang sesuai iaitu tanah gambut, tanah merah, tanah berpasir dan tanah BRIS
? Struktur kawasan penanaman samada berbukit, tanah rata, beralun atau laluan berair
? Sistem pengaliran air yang berkesan bagi tujuan penyiraman dan pengaliran air banjir
? Jenis tumbuhan asal kawasan tersebut mempunyai akar, rumpai atau pokok berkayu

Kawasan yang dipilih perlu dibajak dan digembur terlebih dahulu sekurang kurangnya 14 hari sebelum penanaman. Proses pengemburan ini dilakukan bagi meningkatkan kandungan mineral di dalam tanah dan memudahkan proses pencucukan anak benih. Sekiranya perlu, kawasan tersebut perlu disembur racun rumpai bagi mengawal pertumbuhan rumput yang akan menggangu proses tumbesaran serai.

Benih serai perlulah berusia lebih lapan bulan atau lebih dan telah mula mengeluarkan akar dibahagian bawah batang. Benih yang telah sedia perlu ditanam 4 hingga 6 benih serai pada satu lubang dengan menanam bahagian akar sedalam 1 inci. Jarak tanaman adalah 0.5 meter diantara pokok dan 1.0 meter setiap barisan. Tanaman serai mengikut jarak tersebut boleh menghasilkan kepadatan tanaman sehingga 20000 rumpun bagi 1 hektar kawasan.

PENGURUSAN TANAMAN

Benih serai yang telah ditanam perlu disiram sekurang kurangnya 2 kali sehari, namun jika bekalan air siraman kurang diberikan, serai masih boleh hidup subur kerana ianya mempunyai sifat tahan kepada cuaca panas dan kemarau. Jika air berlebihan dibekalkan kepada tanaman serai, ia akan menyebabkan serai reput, berulat dan busuk terutama di bahagian akar. Pembajaan dilakukan dengan menabur baja NPK 15:15:15 di sekeliling pangkal pokok pada kadar 40 gram sepokok. Pembajaan dilakukan 2 kali sebulan.

Tanaman serai tidak memerlukan penjagaan yang rapi, dimana kawalan rumput di sekelilingnya perlu dicabut bagi mengelakkan persaingan mendapatkan makanan dan cahaya matahari. Rumput pada tanaman serai sangat mudah untuk tumbuh membiak dan pengusaha tanaman perlu melakukan aktiviti merumpai sekurang kurangnya 2 minggu sekali.

Oleh kerana serai adalah sejenis tumbuhan herba, maka tiada serangga yang mendekati dan hinggap di pokok serai kecuali masalah Ulat Pengorek Batang. Pengusaha perlu membuang rumpun yang terkena serangan ulat ini. Manakala penyakit yang sering menyerang pokok serai adalah reput akar di mana bahagian batang dan akar serai akan membusuk. Ini adalah disebabkan oleh kandungan air yang banyak lalu menyebabkan tanah di kawasan serai tersebut lembap. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan merosakan rumput serai tersebut. Pengusaha perlu mencabut rumpun yang telah rosak dan mengalihkannya pada kawasan yang agak kering dan panas.

Bagi kawasan berkepadatan 20 000 rumpun sehektar akan menghasilkan 25 hingga 30 tan batang serai yang boleh dipasarkan. Proses penuaian serai dilakukan di antara tempoh masa 4 hingga 6 bulan bergantung kepada kemajuan tumbesaran serai. Serai akan dicabut keseluruhan rumpun dan memotong bahagian pangkal serta daunnya. Tinggalkan kira kira 10 cm hingga 15 cm bahagian batang. Bahagian batang yang mempunyaiumbisiakandibersihkandarikekotorantanah. Kemudian, serai tersebut diikat menggunakan getah dan dikumpulkan di dalam bekas besar untuk dijual kepada peraih atau pemborong.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Herba, serai and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply