HERBA : JINTAN

Jintan adalah sejenis tumbuhan tahan lasak dimana ianya boleh tumbuh sepanjang musim teruatama di kawasan tanah kering dan pinggir kawasan pantai berpasir. Ianya dikatakan berasal dari pantai Mediterranean namun kini ianya telah tersebar dan ditanam di seluruh pelusuk dunia. Tumbuhan herba ini tumbuh tegak, batang berwarna hijau dan ia mampu hidup lebih dari 2 tahun. Pokok jintan boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5m dan mempunyai batang pokok berongga.

Tanaman ini ditanam secara komersial terutama di negara China, Turki, Mesir, India dan Chili kerana banyak khasit yang terkandung di dalam jintan. Faktor iklim sederhana sejuk mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan tanaman jintan. Pengairan air yang baik dan kurang sinaran matahari juga menyebabkan tanaman ini hidup subur. Kegunaan utama jintan adalah dijadikan rempah ratus utama terutama untuk masakan sup, rending dan kari. Rasa dan aroma yang terbit dari jintan ini menjadikan makanan lebih sedap dan enak. Aroma yang menyengat pasti akan memikat selera sesiapa yang menghidu aroma masakan tersebut.

Kebiasaannya jintan akan dipanggang atau disangai sebelum dikisar halus supaya tekstur jintan lebih halus dan mengeluarkan rasa yang sedap di dalam masak. Jintan boleh ditemui di kedai runcit, pasaraya (hypermarket) atau dipasar dalam bentuk jintan yang telah dikering dan dipek. Selain dari masakan, jintan juga digunakan dalam bidang perubatan bagi merawat beberapa jenis masalah kesihatan seperti masalah pencernaan, buang angin, dan merawat masalah cirit birit dan keputihan di kalangan wanita.

VARIETI JINTAN

Terdapat 4 jenis varieti jintan yang boleh ditemui dan dimanfaatkan kegunaanya terutama dalam masakan dan perubatan iaitu:
Jintan Putih (Cumin Seeds)
Jintan Manis (Fennel)
Jintan Hitam (Anise)
Jintan Hitam (Habbatus Sauda)

Jadual berikut merupakan ringkasan mengenai jintan putih, jintan manis, jintan hitam & jintan habbatus sauda:

CIRI MORFOLOGI

Jintan Putih (Cumin Seeds)

Mempunyai dahan lembut bercabang dimana daun berbulu dan bunga terhasil dari hujung dahan yang pecah. Saiz daun disekitar 5 hingga 10cm berbentuk pinnate atau bipinnate. Bunga berbentuk kudup berwarna putih; apabila kudup tersebut pecah, bunga putih (jintan putih) akan terhasil. Buah jintan berbentuk lateral fusiform iaitu bujur menirus dan membujur di hujung (avoid acne) dengan saiz 4.0mm hingga 5.0mm. buah atau biji jintan terkandung dalam 1 pecahan tangkai bunga.

Jintan Manis (Fennel)
Pokok jintan manis boleh mencapai ketinggian 30 hinga 50cm dengan panjang batang 20 hingga 30 cm. Daun tumbuhan ni berwarna hijau dengan saiz 5 hingga 10 cm panjang dan ianya ringan seperti bulu ayam. Di sisi daun terdapat paksi seperti benang. Bunga jintan manis berwarna putih kekuningan yang terlekat pada umbels. Saiz buah jintan manis serupa dengan buah jintan putih iaitu 4.0mm hingga 5.0mm panjang.

Jintan Hitam (Anise)

Pokok tumbuhan herba jintan hitam varieti anise boleh mencapai ketinggian 3 kaki iaitu 0.9m tinggi. Kelebaran daun bersaiz 1.3 cm hingga 5.1cm dengan jalur melekuk ditengah. Daun pada setiap sisi paksi dbahagi kepada daun banyak. Buah jintan hitam berbentuk bujur dan apabila mencapai usia matang, ianya akan terbahagi kepada 2 atau lebih bahagian. Saiz buah adalah disekitar 3.0m hingga 5.0mm. kebiasaanya jintan hitam ini menjadi sumber makanan kepada larva sepsis rama rama (lepidopterra), serangga titik, kupu kupu (lime-speck bug) dan kupu kupu (wormwood bug).

Jintan Hitam (Habbatus Sauda)

Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian 20 hingga 30 cm tinggi. Daun nya jenis halus dan lurus tetapi tidak seperti bentuk jarum. Mempunyai bunga yang berkelompak 5 atau 10 dengan warna putih pucat. Kapsul buah jintan mengandungi 3 hingga 7 folikel yang dipegang di atas kelopak daun. Setiap folikel terkandung butiran hitam yang dipanggil habbatus sauda oleh kebanyakkan orang Timur Tengah dan Arab. Biji berwarna hitam bentuk segi tiga dimana sangat berkhasiat dan berbau kuat serta mengandungi kandungan minyak yang tinggi. Biji hitam habbatus sauda ini telah digunakan secara meluas sejak zaman Nabi Rasullullah SAW lagi sebagai ubat dan minyak pati untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

KHASIAT UMUM JINTAN

Jintan mengandungi pelbagai khasiat terutama kepada kesihatan tubuh badan manusia. Jintan dicampurkan kepada makanan atau dijadikan ubat dalam kuantiti tertentu kerana, jika terlebih kandungan jintan terutama jintan putih akan menyebabkan makanan atau ubat terasa sangat pahit.

Manfaat yang boleh didapati akibat pengambilan herba jintan adalah seperti berikut:

? Mengawal selera makan terutama kepada mereka yang ingin menguruskan badan. Ianya diaplikasikan dengan mengunyah jintan mentah. Proses ini akan menyebabkan rasa pahit jintan tersebut pecah dan masuk ke dalam mulut dan menyekat selera makan kita. Di pasaran komersial, Syarikat Shaklee mrmperkenalkan produk Herb-lax sebagai satu produk untuk mengawal selera makan. Herb-lax ini adalah campuran jintan dan beberapa bahan penting lain untuk dijadikan ubat supplement yang boleh diambil untuk mereka yang berdiet.

? Pengambilan jintan juga boleh merawat gejala symptom pra-haid, pra menopos dikalangan wanita. ia juga dikatakan boleh mengurangkan masalah kekejangan otot.

? Ia juga membantu mencuci usus (kecil & besar) dan sebagai pelawas melancarkan system pencernaan dari kekotoran, toksin dan mendapan degil di salur usus. akan tetapi pengambilan jintan ini tidak akan mengakibatkan penyakit cirit birit berlaku.

? Kandungan ‘anethole’ yang terbit dari jintan boleh mengurangkan risiko berulang kembali kanser terutama kepada pesakit kanser yang telah melakukan pembedahan atau kemoterapi. Unsur ini akan menyekat ketumbuhan tumor necrosis berlaku.

? Herba Jintan juga akan meransang pengeluaran susu ibu dimana pengeluaran susu ibu sangat berkualiti dalam kuantiti yang banyak.

Kongsikan!
This entry was posted in Herba and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply