PARAQUAT- KESAN DAN BAHAYA PADA MANUSIA, HAIWAN DAN ALAM SEKITAR

Racun Paraquat ini memang sudah dikenali sangat berkesan pada rumpai dengan masa yang singkat dan efektif. Akan tetapi racun ini memberikan kesan yang sangat merbahaya pada manusia, haiwan dan alam sekitar. Artikel kali ini saya cerita kan kesan dan bahayanya racun ini terhadap perkara di sekeliling kita.

Racun jenis sistemik ini adalah sangat bertoksik kepada haiwan dan manusia dan dilaporkan jika terminum racun paraquat boleh menyebabkan maut kerana dilaporkan tidak ada ‘anti-dot’ untuk memulihkannya.

Kesan pada Manusia:
1. Pendedahan pada kulit dan ingesi (makan/minum) kepada parakuat boleh mengakibatkan ketoksidan yang serius.
2. Maut dalam masa 24 jam mungkin tidak dapat dielakkan jika terdapat kerosakan tisu paru-paru, hati, jantung, ginjal dan kelenjar adrenal.
3. Kajian mendapati 25 hingga 75 peratus pesakit yang minum parakuat akan mati. Justeru itu, setiap kes keracunan parakuat dianggap sebagai kes serius dan rawatan perubatan harus disegerakan.
4. Tiada sebarang penawar (antidot) yang boleh digunakan dalam kes keracunan parakuat tetapi langkah bantuan awal yang dilakukan di tapak keracunan dapat membantu menyelamatkan mangsa keracunan.
5. Parakuat boleh diserap melalui luka pada kulit dan maut telah dilaporkan berlaku melalui penyerapan kulit. Jika terkena mata, iritasi teruk akan berlaku.

Haiwan
Penggunaan racun telah mengurangkan bilangan ikan air tawar dalam sawah. Ini diakui oleh petani sendiri, dengan menyatakan bahawa ini adalah kesan penggunaan Paraquat. Burung, itik dan ayam juga terkena racun melalui pemakanan.

Alam sekitar
Racun paraquat mudah terikat di dalam tanah dan dalam persekitaran akuatik akan terikat pada sedimen terapung dan mendapan. Ini mencemarkan kualiti persekitaran dan memusnahkan hidupan atau menghasilkan mutant yang merbahaya. Jika racun ini digunakan dengan kuantiti banyak dengan jangkamasa berpanjangan maka akan musnah hidupan akuatik dan lain-lain hidupan yang berkaitan.

Berhati-hatilah semasa mengguna, menyimpan atau melupuskan sisa racun makhluk perosak. Amalkan cara penggunaan dan langkah-langkah keselamatan seperti yang tertera pada label. Oleh itu, label pada bekas racun, janganlah dibuang dari bekasnya kerana ia berguna untuk dijadikan panduan. Elakkan penggunaan racun terlarang, walaupun ia mungkin cepat berkesan ke atas aktiviti pertanian namun ia juga memberikan kesan buruk kepada kesihatan terutama pada manusia, haiwan dan alam sekitar.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Paraquat and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply