Rumput Napier (Pennisctum purpureum) atau juga dalam bahasa lain dipanggil ‘Napier Grass’ atau ada yang panggil sebagai Rumput Gajah merupakan sejenis rumput yang ditanam untuk makanan ternakan. Jenis tanaman rumput juga merupakan tumbuhan yang berperanan mempastikan bahawa tanah dan air dikawasan tanaman dapat tumbuhan optimakan penggunaanya disamping membantu untuk membantu mencegah hakisan tanah. Rumput yang dijaga baik mampu hidup subur menjadi bahan hijauan untuk diberikan kepada ternakan ruminan seperti lemgu, kambing dan sebagainnya.
Rumput Napier atau rumput gajah adalah merupakan alternatif yang sesuai untuk ditanam. Walaupun sebelum ini penanaman rumput napier hanya diusahakan oleh penternak ruminan untuk memberikan bahan makanan ternakan mereka tetapi kini ada usaha oleh petani lain yang menanam rumput napier secara komersil untuk dijual kepada penternak.
Rumput Napier menarik minat pekebun kecil kerana ada beberapa varieti rumput napier yang sesuai dikomersilkan dan diproses menjadi produk lain seperti silaj. Tanaman rumput sesuai digunakan dalam usaha memelihara kestabilan tanah daengan cara mencegah daripada hakisan teruk. Ini disebabkan rumput jenis ini merupakan tumbuhan yang mampu tumbuh dengan cepat sehingga dalam waktu singkat ia mampu meliputi tanah dengan kadar rapat dan tebal.
Selain itu tumbuhan rumput yang ditanam menjadikan bahagian atas daunnya mampu melindungi permukaan tanah dari percikkan air hujan dan melambatkan pengaliran air di permukaan. Selain itu pada bahagian bawah tumbuhan atau akarnya boleh menguatkan struktur tanah dan membantu melancarkan resapan air kedalam tanah.
Secara umumnya penanaman rumput napier ini boleh dilakukan secara monoculture ataupun interculture dengan tanaman lain untuk dapatkan manfaat secara maksima. Pertumbuhannya yang relatif cepat dalam waktu yang pendek serta peranan daun-daun dan perakarannya terhadap hakisan, maka pembudidayaan rumput gajah dapat menjadi pilihan yang bijaksana dan menguntungkan.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020