Masalah Karat Nangka merupakan satu fenomena yang kini menjadi satu sebab kepada penurunan kualiti sesetengah varieti tanaman Nangka terutama Tekam Yellow (J33) yang menghantui petani. Buah Nangka (Artocarpus heterophyllus) yang ditanam di Malaysia kini merupakan pilihan petani dibeberapa kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) terutama di Negeri Pahang. Varieti J33 merupakan sejenis verieti nangka yang didapati agak mudah diserang masaalah karat nangka berbanding dengan varieti-varieti lain terutama jika pokok tersebut masih muda. Nangka varieti lain yang juga agak popular ditanam agak jarang diserang dan dilaporkan tiada masaalah karat nangka serius. Masalah ini merupakan satu isu dan fenomena kepada penurunan kualiti pada sesetengah varieti Nangka terutama varieti Tekam Yellow (J33).
Serangan Karat Nangka ini menyebabkan bahagian isi buah dan jerami terdapat warna karat coklat (macam warna karat besi) sama ada dalam bentuk bintik, jalur atau beberapa bentuk lain. Ini akan menyebabkan keadaan pada ulas buah nangka tidak menarik untuk dipamerkan. Rasa buah yang terkena karat nangka adalah kurang manis, ada rasa pahit dan buah agak keras sedikit. Bagi buah yang terlalu banyak warna karat pula, ia seolah-olah mengurangkan keinginan untuk makan buah tersebut. Buah yang kena serang ini memang tidak sesuai untuk dijual kepada pasaran domestik apa lagi untuk pasaran ekspot! Selain itu keadaan kulit buah yang diserang pada tahap serius juga tidak menarik warnanya dan kehitaman bertompok-tompok.
Masalah karat nangka belum ada kepastian untuk kaedah cara pengawalan kerana punca sebenar akan kejadian ini masih belum dapat dipastikan sama ada oleh patogen perosak, perubahan cuaca atau merupakan massalah amalan agronomi seperti pembajaan dan sebagainya. Saya berharap masaalah tersebut dapat dikenalpasti oleh pihak berkaitan dan juga perlu menyediakan kaedah kawalan terbaik untuk mengatasi masaalah ini.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020