Sekiranya kita ingin membawa masuk ayam dewasa dari ladang lain, beberapa perkara yang perlu dan wajib dilakukan adalah pengasingan(kuarantin) selama sekurang-kurangnya 14 hari daripada kawasan ladang utama ternakan bagi mengelakkan jangkitan kuman yang dibawa daripada tempat lama.
HARI PERTAMA
• Sediakan reban tertutup berjauhan dari ladang utama dan telah siap makanan & minuman+ antistress(eliteplus+ vp1000)
• Sembur bakul tempat ayam sebelum masuk ladang dengan pembasmi kuman nisbah 1:400
• Buang atau rendam bakul dengan pembasmi kuman minimum selama 10 minit
• Keluarkan ayam dan celup kaki dengan pembasmi kuman nisbah bancuhan 1:400
• Masukkan ayam ke dalam reban dan biarkan sehingga ayam makan serta minum, setelah minuman antistress habis, berikan antibiotik enflosin
HARI KE-2 HINGGA KE-3
• Ulang pemberian antistress pada setiap pagi & antibiotik pada setiap petang
HARI KE-4 HINGGA KE-7
• Pemberian Effective Microorganisme(EM) campur dalam minuman setiap petang & antistress setiap pagi
HARI KE 8
• Berikan vaksin NDIB lasota melalui air minuman pada waktu pagi
• Setelah vaksin habis, teruskan dengan pemberian antistress
HARI KE-9 HINGGA KE-11
• Pemberian EM campur kedalam minuman setiap petang & antistress setiap pagi
HARI KE-11 HINGGA KE-12
• Pada waktu pagi, berikan antistress
• Pada waktu petang, berikan ubat cacing conquer yang dicampur ke dalam air minuman
HARI KE -13 HINGGA KE-14
• Ulangi pemberian antistress setiap pagi & antibiotik pada sebelah petang
HARI KE-15 HINGGA KE-17
• Pindah ayam masuk ke ladang utama
• Sembur atau celup kaki ayam sebelum masuk ladang dengan pembasmi kuman
• Ulangi pemberian antistress setiap pagi & antibiotik setiap petang hingga hari yang ke 17.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020