Pelombong daun atau Liriomyza sp. merupakan serangga perosak yang sering menyerang tanaman timun, labu, kacang panjang dan sebagainya.
Pelombong daun mempunyai kitaran hidup sekitar 20-23 hari.
Bahagian tanaman yang diserang oleh serangga perosak ini adalah daun.
Pelombong daun betina akan menetaskan telurnya pada permukaan daun.
Apabila telur ini menetas kelak, larva atau ulat akan mengorek dan melombong/makan lapisan mesofil daun.
Ini akan meninggalkan kesan nekrotik seperti terbakar.
Simptom serangan pelombong daun merupakan kesan nekrotik berbentuk seakan – akan ‘S’ pada permukaan daun.
Serangan yang teruk akan menjejaskan proses fotosintesis pada tanaman sekali akan menurunkan hasil tanaman.
Bagi melakukan Kawalan pengusaha disyorkan memasang Perangkap lekit kuning, Daun – daun gugur dibuang dan dimusnahkan, melakukan semburan Trigard, selectron (EC).
Pengusaha juga boleh mencampurkan cecair silikon atau silica pada semburan racun serangan prosak nagi mengawal populasi pelombong daun.
Semburan silica atau silikon pada permukaan daun akan mewujudkan satu lapisan ketegangan pada permukaan daun menyebabkan larva pelombong tidak dapat masuk ke dalam lapisan mesofil daun.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020