Harga media coco peat telah mencecah sehingga 6.50 seguni tanpa kos mengangkutan.
Harga coco peat yang tinggi sedikit merencatkan pertumbuhan pertanian khusus dalam penggunaan teknologi fertigasi.
Media fertigasi terutamanya coco peat boleh digunakan berulang – ulang kali.
Tetapi Apabila kita hendak memulakan musim penanaman baru atau musim kedua, kita hanya perlu membuat rawatan media di dalam polibeg sahaja.
Caranya begitu mudah sahaja;
– Buangkan sisa tanaman musim pertama.
– Alirkan air kosong ke dalam polibeg sehingga air melimpah melalui lubang air lebihan atau kaedah ini kita panggil flushing.
– Kemudian ambil racun kulat seperti previcur N dan jirus ke dalam setiap polibeg
– Dalam tempoh 24 jam penanaman boleh terus dilakukan.
Kita buat rawatan tanpa perlu mengeluarkan media di dalam polibeg.
Mudahkan caranya.
Selamat mencuba.
- Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi. - February 2, 2022
- Khaisiat sebenar Kesum - May 23, 2021
- Gong Xi Fa Chai! Happy Chinese New Year 2021 - February 10, 2021