Apa yang perlu korang tahu sebelum terjun bidang PERTANIAN

Bidang pertanian merupakan cabang perniagaan yang turut mencabar seperti bidang-bidang perniagaan yang lain.

Antara cabaran utama dalam bidang pertanian adalah… Jeng jeng…

Atau perkara pertama yang perlu korang tahu sebelum masuk bidang pertanian adalah… Jeng jeng…

Perkara pertama korang perlu tahu sebelum masuk bidang pertanian adalah harga pasaran sayur – sayuran adalah turun naik seperti harga pasaran saham.

Bahkan lebih teruk daripada harga saham.

Bila harga sayur rendah masa itu baru korang tahu, yang korang akan kesorangan.

Semua konsultan, pembekal, supplier barang yang tabur janji-janji manis semua hilang, korang akan kesorangan. Hahahaha.

Seperti bagaimana harga ladang cili yang merundum pada detik dan ketika ini.

Untuk pengetahuan korang harga sayuran termasuklah cili sepanjang setahun ada turun naik nya.

Inilah sepak terajang bidang pertanian.

Pada masa sekarang ni… Saya lihat harga cili boleh dikatakan naik pakai eskalator dan turun naik lif.

Hahahaha.

Kalau harga timun lagi dahsyat…

So kalau nak kata salah import 100% saya pun tak setuju.

Bila cakap lebih kang orang marah pada kita.

Sebelum ini kita asyik cakap cili tak cukup di Malaysia.

Data permintaan dan pengeluaran dah ada lengkap belum?

Berapa ramai penanam cili yg konsisten di Malaysia.

Ni tgk kejap ada kejap takde?

Kejap tanam cili musim kedua tanam terung.

Pastu semua duk tanam cili serentak.

Mana nak ada kesinambungan pengeluarannya… Takut nanti kalau tak import nanti bekalan cili tak cukup harga naya pengguna pula.

Ini satu hal lagi.

Data permintaan dan pengeluaran mingguan dan bulanan ada takde.

Berapa pengeluaran cili negara sebenarnya dan berapa keperluan serta permintaannya?

Kalau dah ramai penanaman cili, kapasiti dan cukup kita dah boleh kurangkan import.

Rekod data – data ni secara berkala, baru kita tahu keperluan untuk import sayur ini berapa banyak.

Yg tukang rekod tu kene key in betul2 lah jgn data atas meja pula.

Jgn pula adjust data untuk kepentingan diri dan individu lain.

Nak create win win situation bukan senang tetapi kena ada tindakan pemula.

Petani pun nk hidup, pengguna pun nk harga sayur yg berpatutan, pemborong pun nk meniaga bukan sampai esok jer.

Semua saling bergantung, pemborong kalau ambik harga murah sgt pun, lama2 petani bungkus, depa nk meniaga apa…lingkup depa juga.

Import pun bukan selalu ada stok, di sana pun kene collect dulu br boleh eksport Malaysia.

Off course pemborong risiko kurang tetapi tetap ada. Kalau depa jual mahal sgt, pengguna beli skit jer… Sayur busuk lagu tu jer.

Pemborong dan petani off course masing2 ada risiko tersendiri.

Cos pengeluaran tu kena kira betul2 untuk konvensional dan fertigasi.

Sila kaji.

Sepatutnya flight untuk sayuran fertigasi minta harga premium.

Hydroponic produce mesti harga mahal.

Macam oversea.

Minta subsidi air untuk kebun fertigasi ini.

Tapi harga turun naik sayur ini bukan Masalah Malaysia Jer… Ianya masalah dunia.

Rumusan

1. Data pengeluaran dan permintaan keperluan sayuran negara perlu lengkap.
Contoh, data untuk cili kene lengkap. Buat untuk setiap jenis sayuran.

2. Petani kene buat koperasi kumpul semua petani cili di bawah satu bumbung. Boleh planning pengeluaran secara konsisten supaya pengeluaran berterusan.

3. Petani kene keluarkan hasil tanaman secara konsisten. Jgn musim pertama ada, musim kedua lingkup. Ini masalah utama petani di Malaysia, kejap ada…kejap takde…petani chipsmore.

4. Perlunya beza sayur premium keluaran fertigasi tanah rendah. Sekarang hanya sayur di Cameron Highlands jer dapat harga premium.

5. Subsidi air untuk pekebun fertigasi.

6. Cukupkan bekalan makanan dlm negara dulu baru kita eksport lebihan. Mcm langkah ke belakang tapi ini penting untuk national food security. Negara lain semua dah start buat.

Cukup lah tu dulu.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Pertanian Umum and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply