Capsicum Tanaman yang berpotensi tinggi

Capsicum atau pun cili banggela atau lada manis merupakan sayur buah yang jatuh pada segmen premium.

Senang cerita cili buah itu.

Terdapat pelbagai jenis varieti tetapi secara ringkasnya capsicum ini terbahagi kepada 3 warna iaitu hijau, oren / kuning dan merah.

Sebiji dengan berat 150 – 250 gm boleh mencecah RM 3.00 – RM 4.00 membuat kurang orang dapat menikmati capsicum ini.

Terutama capsicum berwarna kuning atau oren.

Selalunya kita makan capsicum ini restoren high end atau pun hotel.

Salah satu sebab kenapa harga capsicum ini mahal adalah kerana tanaman ini hanya boleh ditanam di tanah tinggi sahaja.

Macam contoh di Cameron Highands.

Betul ke atau Mitos ini? Mari kita rungkaikan

Jawapannya, capsicum boleh ditanam di kawasan tanah rendah.

Terdapat pelbagai percubaan bagi daripada segi penyelidikan dan komersial telah dijalankan untuk menanam capsicum di tanah rendah, termasuklah daripada team MYAGRI Consulting sendiri.

Di India, capsicum ditanam di kawasan tanah rendah yang iklimnya sama di Malaysia.

Begitu juga dengan di China.

Jadi ini membuktikan capsicum bukan tanaman yang eksklusif untuk tanah tinggi sahaja.

Purata hasil capsicum di tanah rendah boleh mencecah 4 – 5 kg sepokok dengan ketinggi mencapai 6 kaki.

Manakala purata berat pula 150 – 200 gm sebiji.

Terdapat beberapa varieti yang sesuai ditanama di kawasan tanah tinggi dan rendah.

Nmaun capsicum hijau dan merah sangat perform apabila ditanam di kawasan tanah rendah.

Pengusaha memilih untuk menanam capsicum di kawasan tanah tinggi bukan kerana masalah kesesuaian tetapi lebih kepada masalah
penyakit dan serangga perosak.

Pengusaha menghadapi masalah penyakit dan serangga perosak yang sedikit di tanah tinggi berbanding tanah rendah.

Sebagai contoh pengusaha capsicum di kawasan tanah tinggi tidak menghadapi masalah virus lalat putih.

Berbanding di tanah rendah pengusaha akan menghadapi pelbagai jenis cabaran dalam pengurusan dan kawalan penyakit dan serangga
perosak tanaman capsicum.

Antara penyakit utama tanaman capsicum di tanah rendah adalah hawar pucuk dan antraknos.

Manakala serangga perosak pula lalat putih, hamama putih, aphid, kutu thrips, ulat ratus dan pelbagai lagi.

Justeru bagi penanaman capsicum di tanah rendah, pengusaha perlu memberikan perhatian kepada pengurusan dan kawalan penyakit dan serangga perosak.

Tanaman capsicum di tanah rendah boleh dilaksanakan menggunakan sistem fertigasi dan juga kaedah konvensional.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Capsicum, Fertigasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply