MENGENAL GRED HALIA BENTONG

Secara umumnya gred halia bentong terbahagi kepada dua sahaja. Tidak seperti sayuran lain yang mempunyai banyak gred A, B, C dan seterusnya. Halia bentong mempunyai dua jenis gred sahaja iait GRED A dan OFF-GRED. Sekarang mari kita kenali gred halia bentong ini.

1. Halia gred A

  • Panjang rizom minima sejengkal tangan sehingga 1 kaki
  • Halia mempunyai 4 – 5 lapisan ruas (Tanda panah merah)
  • Berbentuk ‘V’
  • Tiada tompok hitam dan busuk
  • Isi rizom keras
  • Warna kulit halia kuning keemasan
  • Harga premium
  • Berhati – hati semasa proses mengorek halia semasa menuai daripada polibeg atau tanah kerana bimbing akan menyebabkan rizom halia patah

2. Halia off-gred

  • Kecil
  • Rizom mempunyai 2-3 ruas
  •  Harga ladang rm 5.50 – 7.50 sekilogram.
  • Harga jualan rm 9 sekilogram.
  • Tiada busuk atau hitam.
  • Rizom merupakan serpihan yang patah daripada rizom induk
  • Rizom halia yang patah semasa aktiviti penuaian
  • Digunakan untuk benih halia

Pastikan warna kulit halia adalah kuning keemasan bagi kedua – dua gred.

Halia bentong gred A mampu mencecah RM 24 sekilogram harga runcit dan RM 12 – 18 sekilogram untuk harga ladang. Justeru pengendalian lepas tuai adalah penting untuk mendapatkan gred halia bentong A.

Untuk artikel halia bentong klik sini

Untuk dapatkan SOP Penanaman halia secra fertigasi klik sini

Untuk dapatkan benih halia bentong klik sini

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Halia, Halia Fertigasi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply