KHASIAT HALIA BENTONG

Penduduk disekitar Asia Tenggara begitu sinonim dengan masakan menggunakan halia. Halia atau nama saintifiknya (Zingiber officinale Roscoe) merupakan herba yang membawa pelbagai kebaikan kepada tubuh badan manusia. Terdapat pelbagai jenis halia yang di tanam di Malaysia, seperti Halia Indonesia, Halia Tanduk Rusa, Halia Bentong dan Halia Bara.Diantaranya yang paling terkenal ialah Halia Bentong yang mendapat permintaan tinggi untuk pasaran dalam dan juga luar negara.

Halia Bentong mendapat namanya berdasarkan geografi penanamannya di Bentong dan telah di patenkan oleh Kerajaan Malaysia. Nama lain bagi Halia Bentong ialah “Halia Bukit Tinggi” kerana tempat penanamannya di kawasan cerun bukit tanah tinggi seperti di Bukit Tinggi, Janda Baik dan Bentong Pahang. Ciri-ciri Halia Bentong boleh di kenal pasti melalui rizomnya yang lebih besar, berwarna kuning cair serta tahap kepedasan yang tinggi. Selain itu, urat atau serabut yang lebih halus namun mempunyai serat yang tinggi disamping jusnya yang lebih banyak.

Pelbagai khasiat yang dapat diperolehi oleh halia yang diperakuai terbaik di dunia ini sehingga pelbagai pengusahaan mengeluarkan produk menggunakan Halia Bentong. Khasiat yang paling utama ialah dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dengan membuang toksik sambil membantu melangsingkan badan. Sistem penghadaman sangat penting kerana merupakan pusat operasi utama dalam mencerna makanan dan juga menyerap nutrisi penting yang diperlukan untuk anggota badan kita yang lain disamping dapat mengelakkan kanser usus. Apabila sistem penghadaman berfungsi dengan baik ia akan turut menguatkan sistem imunisasi badan.

Bagi yang mempunyai masalah seperti masalah darah tidak lancar, banyak angin,sakit sendi,lemak di dalam saluran darah dapat di atasi  dengan meminum air didihan jus halia setiap hari di samping itu khasiatnya menstabilkan kolestrol dalam darah dan dapat mengelakkan tanda-tanda awal strok dan serangan jantung. Terdapat penyelidikan yang dijalankan di Australia menemui halia sebagai bahan anti-coagulant (pembekuan darah) yang sangat berkesan berbanding aspirin, mengukuhkan lagi khasiat yang ada pada halia. Kandungan halia (gingerol) juga amat terkenal dengan sifat anti-radang dan amat sesuai digunakan bagi individu yang mengalami masalah keradangan otot ataupun sakit sendi. Halia dapat mengurangkan kesakitan sendi sebanyak 40 peratus jika dibandingkan dengan placebo berdasarkan kajian dari University of Miami.

Masalah bau badan dan juga mulut berbau boleh di atasi hanya dengan minuman halia bersama teh setiap hari, atau  kunyah halia yang ditumbuk hancur.Halia mempunyai tahap kepedasan yang tinggi terutamanya Halia Bentong dan tidak digalakkan untuk makan secara terus. Tip untuk mengelakkan keradangan mulut akibat kepedasan dari halia, halia itu boleh di buat serunding halia untuk mudah dimakan.

Halia Bentong mempunyai pelbagai khasiat yang lain seperti pengubat mual,(Buat ibu mengandung sila dapatkan nasihat daripada pakar). Selain itu halia juga dapat membantu mengelakkan demam dan selsema.

Selain daripada kegunaan untuk khasiat dan ubat-ubatan halia juga boleh dipelbagaikan dengan memproses halia untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari(manisan), kosmetik dan ubatan.

Kongsikan!
  • 51
  •  
  •  
  •  
    51
    Shares
This entry was posted in Halia, Halia Fertigasi, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply