Artikel pada kali ini kita akan berbicara mengenai pelapik polibeg atau pelapik untuk mengelakkan daripada ladang fertigasi kita tumbuh rumput-rumpai sekali gus menjadikan ladang kita semak samun.
Terdapat 3 alternatif utama pengusaha fertigasi untuk mengatasi masalah rumpai di ladang iaitu weed mat, silvershine, geotextile, carpet pameran secondhand and kanvas banting.
Kita akan go through satu per satu pilihan ini. Kita akan buat pro dan contra setiap satu item ini dan kita rumusankan pilihan yang terbaik.
1. Weedmat
Weedmat merupakan pelapik yang diperbuat daripada material plastik (PE) yang dijalin seperti tikar. Menurut pengedar weedmat mampu bertahan selama 1 tahun sebelum rumput menembusinya. Harga pasaran sekitar RM 580 ke RM 800. Bergantung pada lebar dan panjang satu roll serta gsm. Namun begitu sejak akhir-akhir ini weedmat kurang berkualiti kerana tak sampai sebulan rumput dah tembus. Apabila membeli weedmat berikan perhatian pada angka gsm bagi weedmat ini. Cadangan gsm weedmat adalah 110 gsm. Yang 80 dan 90 gsm ini cepat tebus rumput. Menangis tengok, rumput tembus weedmat mahal.
2. Silvershine
Silvershine material yang digunakan untuk lapik batas sebenarnya. Boleh rujuk artikel di sini. Tapi boleh juga untuk lapik polibeg untuk menghalang rumput. Masalahnya tidak sesuai untuk dilapik pada laluan antara barisan tanaman. Ini kerana silvershine pada tempat laluan akan menjadi koyak dan jadi becak apabila musim hujan so menyukarkan kerja-kerja pengurusan. Disyorkan untuk lapik polibeg sahaja serta gunakan yang ketebalan minima 0.4 mikro mm.
3. Geotextile
Sejenis material yang sama dengan weedmat tetapi lebih tebal dan mahal. Satu roll 1.8 m x 250 m adalah RM 1800. Biasanya geotextile digunakan untuk aktiviti menghalang hakisan di kaki bukit. Tahan selama 5 tahun. Pastikan anda tidak merokok di atas geotextile kerana abu rokok akan menyebabkan ianya berlubang.
4. Carpet pameran terpakai
Karpet yang digunakan sebagai alas dewan sewaktu pameran. Biasanya karpet ini akan dibuang selepas pameran tamat. Boleh digunakan sebagai alas polibeg dan laluan. Jimat kos tapi kene cepat kutip selepas habis pameran. Benda free buat apa nak beli.
5. Kanvas banting
Sama juga juga seperti karpet pameran, merupakan bahan buangan dan percuma. Boleh hubungi PBT di kawasan anda sendiri. Boleh digunakan sebagai alas selama 1 – 1.5 tahun sebelum reput. Boleh digunakan sebagai alas polibeg dan laluan.
Kelima – lima bahan ini sering digunakan untuk lapik polibeg dan laluan oleh pengusaha fertigasi. Walau bagaimana pengusaha wajib membuat pengiraan kos bagi penggunaan setiap jenis bahan. Kos pengangkutan perlu bagi bahan free seperti carpet terpakai dan kanvas.
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022