Fertigasi: Satu soalan yang baik untuk teladan semua pengusaha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya ada menerima beberapa pertanyaan di FB Mesengger.

Tetapi satu soalan daripada pembaca myagri ini adalah satu perkara yang biasa dihadapi oleh pengusaha pertanian khususnya fertigasi.

Soalan ini adalah satu soalan yang baik.

Soalan nya berbunyi begini:

Assalamualaikum..

saya nk tanya.. mcm mane nk ratakan tanah supaya once dh pasang silver shine, tanah tak lembik.

ada lapisan batu ker di bawah tanah or just simply tanah biase?

masalah saye ialah bila tanah ditutp dengan silve shine, tanah menjadi lembik, then air akan bertakung, bile dipijak, silvershine akan koyak.. rumput still tumbuh. dan farm x nmpak kemas.

terima kasih.

din


P1060257

Terlebih dahulu, kita kene tahu apakah fungsi utama silvershine ini.

Fungsi utama silvershine adalah menghalang rumput daripada tumbuh pada batas tanaman.

Saya tekankan sekali lagi PADA BATAS TANAMAN.

Tetapi kebanyakkan pengusaha menggunakan silvershine ini sebagai penutup tanah untuk meletakkan polibeg terutama pada sistem tanaman secara fertigasi.

Satu kita lupa silvershine diperbuat daripada plastik dan sifat plastik adalah menakung air.

Jadi apabila hujan turun, air akan bertakung di atas silvershine ini.

Apabila kita pijak di atas. maka terjadilah kejadian di mana, tanah akan menjadi becak dan lembik di bawah silvershine.

Maka lama kelamaan silverhine ini dipijak dalam keadaan basah akan terkoyak.

Seterusnya, rumput akan tumbuh subur melalui celah silvershine yang koyak tadi.

Kesimpulannya, kebun fertigasi kita ini menjadi tidak kemas macam tempat kerbau berkubang.

Pengusaha harus ingat silvershine ini dibuat untuk melapis batas tanaman bukan untuk dipijak.

Kebiassanya silvershine yang dilapik pada batas mampu digunakan sehingga 2-3 musim pada batas yang asal.

Konsep pertanian konvensional sekarang kos effective buat land preparation sekali tanam sampai 2 – 3 musim. Baru sustainable.

Berbalik kepada persoalan tadi, adakan letak batu kelikir selepas ratakan then baru lapik silvershine, tanah tidak akan lembik.

Jawapannya, silverhine akan tetap terkoyak akan tekanan dipijak dan batu kelikir yang bersegi.

Jika kita buat kebun fertigasi, kalau tabur batu kelikir mmg bagus dan tidak perlu lapik silvershine tetapi kos batu kelikir untuk kita tabur satu ladang adalah tinggi.

Jadi apakah penyelesaian terbaik kepada masalah ini?

1) Weed supressor / geotextile

– Penggunaan geotextile atau weed supressor secara total dapat mengatasi masalah ini.
– Geotextile ini diperbuat daripada jalinan plastik.
– Berfungsi pelapik yang menghalang rumput daripada tumbuh di ladang
– Ketahanan nya mmg dijamin selama 5 tahun
– Dan biasanya air tidak akan bertakung di atas geotextile. Ini kerana air akan meresap ke tanah melalui jalinan geotextile ini.
– Tetapi harga geotextile ini agak mahal iaitu RM 800 – 1,500 untuk satu gulung bersaiz 1.8 m x 250 m.
– Untuk pengusaha skala kecil dan sederhana agak membebankan.

2) Penanaman secara batas

– Kaedah penanaman di batas dijalankan dengan membuat batas dengan saiz dan tinggi yang bersesuaian dan dilapik dengan silvershine.
– Dan kerja – kerja pengurusan dijalankan dengan menggunakan jalan yang ada di antara batas.
– Silvershine kita lebih tahan lama.
– Kos menggunakan kaedah ini adalah rendah, namun begitu kerja tambahan perlu dilakukan iaitu meracun rumput yang tumbuh di antara batas.

Di sini terdapat pro dan contra bagi menggelakkan masalah becak dan berair di kawasan kebun fertigasi.

Fikir – fikirkan…

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Tanaman Fertigasi and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply