TIP NAK BANYAK HASIL TANAMAN TIMUN MYAGRI STYLE

Bila sebut timun ini, semua orang tahu timun merupakan tanaman yang menguntungkan kalau kena pada harganya.

Pengiraan kami kos per kg untuk timun konvensional adalah RM 0.50 sekilogram.

Manakala bagi timun fertigasi boleh mencecah RM 1 sekilogram.

Kos pengeluaran sekilogram bergantung pada projek masing – masing.

Artikel kali ini kami kongsikan macam mana nak tingkatkan hasil tanaman timun korang gais.

Tak kira timun tanam secara fertigasi atau konvensional.

Jom kita mulakan:

  1. Gunakan anak benih yang sihat dan bebas daripada virus lalat putih.
  2. Anak benih 7 – 10 hari pindah ke polibeg atau batas tanaman.
  3. Siram air secukupnya. Jangan sampai pokok timun layu. Ini pantang.
  4. Daun timun kena lebar dan besar.
  5. Pastikan tanaman timun tidak diserang kulat downy mildew pada peringkat awal.
  6. Jangan meracun secara gila kerana tanaman timun memerlukan agen pendebunggan.
  7. Panjangkan jangka hayat tanaman.
  8. No 7 dan 8 adalah berkaitan. Panjangkan tempoh tuaian. Jika tempoh jangka hayat tanaman panjang maka tempoh tuaian akan panjang akan memberikan hasil yang tinggi.

Tip no 5 , 7 dan 8 merupakan berkaitan. Nak panjangkan jangka hayat tanaman kita kena elakkan kulat downy mildew daripada menyerang tanaman timun kita.

Panjangkan tempoh tuaian kita maka hasil akan tinggi.

Purata petani hanya mampu kutip hasil selama 3 – 4 minggu sahaja.

Cuba panjang tempoh tuaian 5 – 6 minggu maka hasil lebih lumayan.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Fertigasi, Timun, Timun fertigasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply