Checklist Sebelum Beli Anak Pokok ready untuk tanam

Artikel sebelum ini kami kongsikan keburukan membeli anak pokok ready untuk ditanam.

Artikel kami ini kami kongsikan checklist sebelum anda membeli anak pokok ready untuk tanam.

Berikut adalah senarai checklist yang perlu anda lihat sebelum membeli anak pokok ready untuk tanam.

  1. Tengok lokasi anak pokok dihasilkan. Pastikan lokasi yang berasingan daripada kebun.

2. Lihat kemudahan rumah semaian. Pastikan ada bumbung semaian (disarankan bumbung daripada plastik polietilena lutsinar dan ada jaring kalis serangga di sekeliling rumah semaian. Pintu masuk double door entry ke rumah semaian.

3. Tanya SOP semaian pembekal. Adakah anak pokok dibaja dan diracun sepanjang peringkat semaian. Jenis baja dan racun yang digunakan pada peringkat semaian.

4. Tanya kaedah penghantaran anak pokok. Pastikan penghantaran dilakukan dalam keadaan anak pokok tertutup dan dilindungi daripada cahaya panas, angin kuat dan air hujan.

5. Periksa anak pokok sebelum penghantaran dilakukan dan semasa menerima anak pokok. Pastikan anak pokok bebas daripada penyakit dan serangan serangga perosak. Simptom serangan boleh diperhatikan pada pucuk anak pokok.

Harap checklist ini dapat membantu anda mendapatkan anak pokok ready ditanam yang berkualiti.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply