Keburukan membeli anak pokok ready untuk ditanam

Anak pokok ready untuk ditanam ini merupakan anak pokok seperti cili yang sedia dipindahkan ke polibeg atau batas tanaman.

Anggaran usia anak pokok ini adalah di antara 25 – 30 hari.

Ramai pengusaha baru yang baru berjinak-jinak dangan fertigasi atau pertanian membeli anak pokok ready untuk ditanam ini.

Terutama yang ambik pakej fertigasi.

Alasannya senang sikit beli siap, nak cepat, kepercayaan atau taksub pada sifu pakej dan lain-lain alasan lagi.

Harga anak pokok ready untuk ditanam pula adalah sekitar RM 60 – RM 100 untuk satu tray semaian 104, dianggarkan satu tray semain mempunyai 100 anak pokok.

Jadi satu pokok jatuh RM 0.60 – RM 1.00.

Tapi berbaloi ke beli anak pokok ready untuk ditanam?

Apakah risiko kita beli anak pokok ready untuk ditanam?

  1. Risiko penyakit.

Kebiasaanya anak pokok ini disemai di kawasan kebun pembekal sendiri.

Anak pokok untuk jualan disemai di dalam kebun mempunyai risiko penyakit yang tinggi.

Ini kerana kawasan kebun mempunyai tanaman yang tidak diketahui usia dan keadaannya (berpenyakit atau tidak) serta terdapat banyak serangga perosak yang akan menyerang anak pokok ini.

Serangga yang akan menyerang anak pokok ini lalat putih, hamama putih dan aphid.

Serangan lalat putih akan menyebabkan virus pada pokok cili.

Masalahnya simptom virus akan keluar selepas anak pokok dipindahkan ke polibeg dan tidak pada peringkat semaian.

Banyak kes tuduh menuduh di antara pembekal dan pembeli terjadi.Pokok rosak selepas pindah ke polibeg akibat virus. Pembekal salahkan pembeli kerana tidak menjaga pokok dengan baik. Manakala pembeli salahkan pembekal kerana membekalkan anak pokok yang elok2. Jadi tidak kesudahan…

2. Keadaan rumah semaian yang daif

Oleh kerana pertanian adalah perniagaan maka SOP semaian dan rumah semaian diabaikan.

Kebanyakkan pembekal tiada SOP semaian dan pengurusan anak pokok yang detail.

Pembekal tahu semai, pembeli bayar duit, hantar anak pokok. Lepas itu pandai2 hidup sendiri, ada masalah semua salah pembeli tidak pandai jaga anak pokok. Pembeli pun angguk setuju macam kene cucuk hidung dgn sifu.

Rumah semaian dibina dengan tidak sempurna dan tanpa jaring kalis serangga.

Rumah semaian untuk jualan anak pokok perlu dibina dengan jaring kalis serangga, double door entry dan terletak di luar kawasan kebun. Isolated area.

Nasib baik petani Malaysia masih lagi belum tahu undang – undang.

Kalau tidak mampus pembekal bankrup.

3. Cara penghantaran anak pokok tidak betul

Ramai pembekal hantar anak pokok dengan cara tidak betul.

Anak pokok stress atas lori dan mengambil masa untuk pulih selepas dipindahkan.

Banyak anak pokok terbalik atau tido terbaring belakang hilux, sampai pada pembeli “anak benih tido jalan jauh…sat lagi bangun lah tu” kata pembekal.

4. Pengurusan anak betul tiada

Anak pokok pula diketahui pengurusannya.

Sama ada diberikan baja atau tidak?

Diracun atau tidak?

Pendek kata sebelum beli itu tengoklah SOP pengurusan anak pokok dia.

Ini 4 risiko utama kita membeli anak pokok yang ready untuk ditanam.

Jadi hati – hati ketika membeli anak pokok yang ready untuk ditanam.

Artikel seterusnya kami sharekan checklist untuk membeli benih ready untuk ditanam ini.

Buat pembekal anak pokok pula, pastikan ada rumah semaian yang sempurna dan SOP pengurusan anak pokok yang betul.

Kami MYAGRI Consulting sedia membantu mana – mana pembekal dalam membangunkan SOP pengurusan anak pokok yang tepat.

Industri benih ini besar dan mempunyai potensi yang tinggi.

Akhir kata

Taksub mampu membuatkan kita menjadi sangat bodoh ( walau kita pandai ) dan mampu membawa kita kemana saja arah yang diarahkan oleh mereka yang kita taksub itu, sebabnya akal dan fikiran kita sudah dipandu arahkan. “

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Fertigasi, Pertanian Umum and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply