Cara Mudah Memilih Durian di Gerai Durian

Rasanya ramai yang kecewa pada musim durian yang lalu kerana memilih durian yang tawar, berulat dan buruk.

Walau membayar harga yang mahal namun mendapat buah durian yang kurang memuaskan.

Sudah tentu kita berasa sangat kecewa.

Sebagai persediaan menghadapi musim durian seterusnya, kami kongsikan sedikit tips untuk memilih durian agar kita semua tidak berasa kecewa lagi.

#1 Goncang Buah

Buah yang masak akan sedikit longgar dan terasa goncangan di dalamnya.

#2 Hidu

Buah yang masak akan mengeluarkan aroma yang kuat

#3 Mengetuk buah

Buah yang masak berbunyi kosong di dalamnya.

#4 Sentuh duri

Durian buah durian yang masak agak sedikit lembut.

#5 Durian berbentuk bulat

Durian yang berbentuk bulat mempunyai isi berwarna kuning dan bilangan ulas yang banyak.

#6 Durian berbentul lonjong

Durian yang berbentuk lonjong memiliki isi yang lebih sedikit berbanding yang berbentuk bulat.

#7 Pilih durian bertangkai tebal dan pendek

Durian yang bertangkai tebal dan pendek mempunyai isi yang banyak dan tebal. Durian yang bertangkai tipis dan panjang pula mempunyai isi yang sedikit dan tidak terlalu tebal.

#8 Jangan beli durian yang sudah merekah

Rasa buah yang merekah adalah tawar atau hambar.

#9 Memilih durian yang ringan

Pilih buah durian yang ringan kerana semakin berat buah itu, semakin besarlah biji buahnya. Semakin besar biji buah durian itu, tentu sahaja isi buahnya akan menjadi lebih tipis. Dapatkan buah durian dengan isi yang banyak, carilah buah durian yang paling ringan. 

#10 Buka dan makan di gerai

Last sekali, suruh penjual buka buah durian dan makan di gerai. Bagi yang ingin bawa pulak bawa bekas tau tupperware.


Harap 10 tips ini dapat membantu anda memilih buah durian yang betul seterusnya menikmati durian tanpa perasaan marah dan maki hamun.

Kongsikan!
This entry was posted in Durian and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply