MENGIKIRA KAPASITI POKOK MENGIKUT KELUASAN TANAH

Sebelum memulakan pembelian anak pokok buah – buahan, perkara yang wajib anda ketahui adalah jumlah pokok yang boleh ditanam pada keluasan tanah anda

Atau dalam bahasa sainsnya planting density.

Sebelum menanam pokok buah-buahan , maklumat yang perlu anda diketahui ialah jenis pokok yang mahu ditanam, jarak tanaman pokok , cara penanaman dan bilangan pokok yang diperlukan.

Dengan maklumat di atas anda juga boleh membuat jangkaan bilangan anak benih yang perlu ditanam serta potensi hasil berdasarkan kepada keluasan tanah anda.

Berikut adalah contoh untuk mengira jumlah anak pokok yang diperlukan sekiranya keluasannya ialah 1 hektar.

Formula :

___Luas kawasan___     x      Angka tetap (Sistem tanaman)
Jarak tanaman

* Angka tetap – sistem tanaman empat segi – 1.0
                      – sistem tanaman segitiga    – 1.15

Contoh 1:

Maklumat asas :

  1. Anak benih Durian
  2. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 10 x 10 m
  3. Sistem tanaman – Segiempat sama
  4. Keluasan tanah 1 hektar

___10000 m2___     x 1.0
10 m x 10 m

= 100 pokok/hektar (jumlah anak pokok yang diperlukan)

Contoh 2;

Maklumat asas :

  1. Anak Pokok Rambutan
  2. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 9 m x 9 m
  3. Sistem tanaman – Segitiga
  4. Keluasan tanah  – 1 hektar

___10000 m2___      x 1.15
9 m x 9 m

=141 pokok/hektar (jumlah anak pokok yang diperlukan)

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in BUAH NANGKA, Durian, durian belanda, Rambutan, Rambutan Anak Sekolah, REKOD LADANG and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply