CARA TERBAIK UNTUK SPRAY RACUN PEROSAK PADA TANAMAN

Semburan racun perosak pada tanaman perlu dilakukan dengan cara yang betul bagi memaksimakan impak bahan aktif terhadap perosak tanaman yang dikehendaki.

Berikut Myagri kongsikan beberapa tips bagi melakukan semburan racun perosak bagi mendapatkan impak yang optimum pada kebun anda.

#1 Baca label racun dengan betul. Pastikan bahan aktif yang digunakan adalah sesuai untuk jenis perosak yang kita hadapi di kebun kita. Gunakan racun yang betul dan tepat.

#2 Fahami bagaimana racun / bahan aktif bertindak. Terdapat dua jenis kaedah bagaimana mana bahan aktif racun perosak bertindak, iaitu secara kontak / sentuhan atau sistemik.

Racun jenis sentuhan menyebabkan serangga perosak mati jika bahan aktif racun tersebut kena pada mana – mana bahagian serangga tersebut.

Racun jenis sistemik bertindak dengan serapan pada pokok, bahan aktif akan berada di dalam sistem pokok. Apabila serangga hisap sap pada pada pokok tersebut, serangga perosak akan mati.

#3 Fahami label dan cara bancuhan racun tersebut.

#4 Waktu semburan. Waktu semburan yang terbaik adalah pada awal pagi atau lewat. Ini kerana aliran angin adalah rendah.

Terdapat juga serangga perosak yang aktif pada waktu malam. Boleh juga dilakukan semburan pada waktu malam. Tiada masalah.

Namun begitu, cahaya matahari pada waktu pagi akan menyebabkan penyejatan bahan aktif pada permukaan daun sekali gus meminimakan kesan bakar atau lecuh pada daun.

Kadar semburan yang disyorkan adalah sebelum jam 10 pagi atau selepas jam 5 ptg. Bergantung tahap suhu dan kepanasan persekitaran kebun anda.

#5 Nozel semburan.

Pemilihan saiz nozel akan mempengaruhi kadar dan aliran racun.

Lubang nozel bersaiz besar akan menghasilkan aliran yang yang laju dan droplet bersaiz besar.

Manakala lubang nozel bersaiz kecil akan menghasilkan aliran yang yang perlahan dan droplet bersaiz kecil.

Kawasan yang berangin disyorkan menggunakan lubang nozel bersaiz berbesar untuk droplet yang besar bagi sebaran racun yang besar.

Begitu lah sebaliknya.

Sebaran yang baik dapat dilihat pada permukaan daun bahagian atas dan bawah basah.

#6 Fahami sistem pengurusan serangga dan perosak bersepadu (IPM).

Program kawalan dan pencegahan penyakit dan serangga perosak di kebun perlulah mengikut IPM.

#7 Lokasi semburan. Semburan perlu dilakukan di bahagian bawah daun dan ikuti bahagaian atas daun.

Ini kerana banyak serangga perosak membiak di bahagian bawah daun.

Justeru itu penggunaan nozel semburan yang bengkok adalah disarankan.

#8 Patuhi arahan pada label penggunaan.

Ini bagi melindungi operator, anda, keluarga dan pengguna yang akan makan sayur – sayuran dan buah – buahan keluaran anda kelak.

#9 Gunakan peralatan perlindungan seperti rain coat, glove, gogle dan mask sewaktu bancuhan dan melakukan semburan.

Semburan racun serangga
Semburan racun serangga

Ini mematuhi piawaian wajib oleh DOSH.

#10 Dokumentasi. Sentiasa merekodkan tarikh, masa, jenis racun, operator yang melakukan semburan, tujuan semburan bagi rujukan masa kita sendiri.

Dokumentasi ini juga selaraskan dengan proses MyGAP.

Selamat mencuba.

Untuk panduan kawalan penyakit dan serangga perosak yang lain, anda boleh klik di sini

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Kawalan serangga tanaman, Serangga Perosak Tanaman and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply