Cara Mudah Mengawal Pertumbuhan Plankton di Kolam Ikan Tanpa Bahan kimia

Masalah plankton merupakan masalah utama bagi pengusaha kolam ikan.

Pertumbuhan plankton yang tidak terkawal akan menyebabkan kerugian kepada pengusaha kerana mampu membunuh ternakan akibat kekurangan oksigen terlarut di dalam air.

Kekeruhan air yang disebabkan oleh fitoplankton dan zooplankton tidak akan memudaratkan ikan secara langsung.

Fitoplankton bukan sahaja mengeluarkan oksigen semasa proses fotosintesis malahan menjadi makanan kepada zooplankton dan beberapa spesies ikan yang lain.

Fitoplankton juga akan menggunakan ammonia yang dikeluarkan oleh ikan sebagai sumber nutriennya.

Zooplankton pula merupakan makanan semulajadi yang utama kepada benih ikan.

Kedua – dua fitoplankton dan Zooplankton memberikan kebaikan jika dikawal dengan baik.

Begitulah sebaliknya, di mana pengusaha perlu memastikan bahawa tidak terdapat terlalu banyak plankton di dalam kolam kerana plankton akan menggunakan sumber oksigen terlarut yang di dalam air untuk proses pernafasan.

Pertumbuhan plankton yang keterlaluan, dikenali sebagai ledakan (bloom) akan menyebabkan kekurangan oksigen terlarut di dalam air secara mendadak.

Keadaan ini berlaku apabila fitoplankton itu mati.

Adalah penting bagi pengusaha mengawasi kandungan oksigen terlarut dalam kolam ternakan ikan.

Perbezaan kandungan oksigen terlarut yang besar antara waktu siang dan malam akan menyebabkan kekurangan oksigen yang serius.

Untuk mengatasi masalah di atas, pengusaha disarankan mengeluarkan 50% air kolam sedia ada dan digantikan dengan air bersih.

Air kolam perlu diganti atau diputar dengan kekerapan masa tertentu.

Pastikan semua makanan yang diberi habis dimakan oleh ikan dan tiada sisa yang boleh menyebabkan kesuburan kolam meningkat.

Selain daripada itu, Ikan kap perak boleh dilepaskan untuk mengawal pertumbuhan plankton yang melampau.

Selamat mencuba!

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in IKAN KELI, Ikan Masin, IKAN PUYU, IKAN SEPAT, Ternakan air and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply