Penyata kewangan projek cendawan jerami padi

Penanaman cendawan jerami padimerupakan satu perusahaan yang menguntungkan dan berdaya maju.

Perusahaan pengeluaran cendawan jerami padi dapat dijalankan menggunakan satu unit rumah cendawan yang berukuran 20 m x 80 m dengan 12 bilik pengeluaran.

Kos pembangunan untuk infrastruktur pula ialah RM29,800.

Manakala kos operasi untuk satu tahun adalah sebanyak RM25,400.

Kapasiti pengeluaran untuk satu unit bilik pengeluaran ialah 25 kg untuk satu musim.

Tempoh pusingan penanaman pula ialah 30 hari.

Ini menjadikan sebanyak 12 musim penanaman boleh dilakukan dalam 1 tahun.

Pada harga ladang RM10/kg, pengusaha mampu mendapat pendapatan kasar sebanyak RM36,000 dan pendapatan bersih sebanyak RM10,500 setahun.

Manakala kadar pulangan dalam (IRR) pula adalah pada kadar 23%.

Ini menunjukkan perusahaan penanaman cendawan jerami padi merupakan satu projek pertanian yang menguntungkan dan memberi pulangan modal dalam masa 2 – 3 tahun.

Jadual menunjukkan unjuran aliran tunai projek berdasarkan 12 unit bilik pengeluaran.

Unjuran tunai projek penanaman cendawan jerami padi

Penanaman cendawan jerami padi telah terbukti berkesan dalam meningkatkan pengeluaran
hasil cendawan dengan kos yang efektif.

Analisis ekonomi juga menunjukkan projek penanaman cendawan jerami padi mempunyai daya maju ekonomi yang baik dengan nisbah kos dan faedah (BCR) ialah 1.2.

Teknologi penanaman cendawan jerami ini dapat membuka peluang perniagaan kepada
usahawan tani dan pengusaha untuk menceburi industri cendawan.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Cendawan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply