Harga Media Fertigasi Terbang Naik 180 Km/jam

Harga cocopeat naik mendapat gais. Dah sampai tahap gaban mahalnya.

Daripada free, kilang fiber bagi ambik free. Pasal kilang extract fiber daripada sabut kelapa dan coco peat ini sisa by-product yang dibuang. Jadi untuk cut cost, depa bagi pengusaha fertigasi ambik free bagi clear kilang depa.

Lepas itu harga naik satu guni cocopeat RM 1.80, boleh isi 4 – 6 polibeg 16 x 16.

Tahun lepas RM 6 seguni boleh 4 – 6 polibeg 16 x 16.

La ni seguni RM 8 – 10, kapasiti sama boleh isi 4 – 6 polibeg 16 x 16.

Ini belum masuk kos transportation lagi ini.

Dulu boleh beli beg jumbo dan cocopeat loose atas lori. Skrg puas jilat supplier haram tak jual…

Padam muka gais!

Macam mana harga tak naik.

Pengusaha fertigasi sendiri yang claim tanam 1000 polibeg boleh RM 20 K sebulan bukan semusim sebulan gais!

Itu belum yg claim sebulan RM 90 K sebulan tanam cili. Belakang supplier package bantai geran AM.

Hahaha.

So kilang – kilang cocopeat ini pun geram, korg tanam dapat 20 – 90 K sebulan. Takkan aku nak jual seguni RM 3 lagi.

hahaha.

Skrg kos media naik gila – gila, baik beli emas lah macam ni.

Harga sekam padi bakar pun nampak mcm dah follow sama.

Padam muka gais!

Tapi kami dah predict harga media akan mencecah tahap yg akan menjadikan sistem fertigasi tidak praktikal jika harga sayur masih kekal sama.

Kos input naik tapi harga jualan ladang masih sama. Tak padan.

Tapi kami 5 tahun lepas nak bersedia dgn alternatif bagi masalah ini.

Kami dah predict lama dan nampaknya dah menjadi kenyataan.

Nanti bila free aku share kos fertigasi ngan peningkatan kos sekarang.

P/S: PKPB tak boleh cross negeri. Nasib baik kebun dah auto pilot.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Fertigasi, Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply