SOP PENANAMAN CENDAWAN JERAMI PADI SISTEM RUMAH

Cendawan jerami padi atau nama saintifiknya Volvarella volvacea biasanya tumbuh liar di atas tanah ataupun pada longgokan jerami.

Cendawan jerami padi mengandungi nutrien pemakanan dan khasiat kesihatan yang tinggi.

Di Malaysia dalam keadaan semula jadi, cendawan jerami padi boleh dijumpai dan dituai pada longgokan jerami padi, tandan kelapa sawit, terutamanya pada musim hujan.

Namun dengan penggunaan teknologi, cendawan jerami padi dapat ditanam secara komersial dengan cara yang teratur dan hasil yang tinggi tanpa bergantung kepada musim hujan lagi.

Penanaman cendawan jerami padi dilakukan dengan menggunakan medium kompos yang terdiri daripada campuran jerami padi, dedak padi dan kapur kalsium karbonat.

Tuaian boleh dilakukan pada hari ke-12 selepas tempoh peraman selesai dan purata hasil satu bilik pengeluaran ialah 25 kg.

Analisis ekonomi juga menunjukkan projek penanaman cendawan jerami padi mempunyai daya maju ekonomi yang memberangsangkan.

Teknologi penanaman cendawan jerami ini dapat membuka peluang perniagaan kepada usahawan tani dan pengusaha untuk menceburi industri cendawan.

Berikut kami kongsi SOP ringkas penanaman cendawan jerami padi menggunakan sistem rumah.

#1 Pembinaan dan bentuk rumah cendawan

Infrastruktur utama yang diperlukan untuk penanaman cendawan jerami padi ialah rumah cendawan dan sistem pengukus.

Rumah cendawan yang diperlukan berukuran 30’ lebar, 60’ panjang dan 20’ tinggi.

Di dalam rumah cendawan pula terdapat lima unit bilik pengeluaran yang berukuran 10’ lebar,
10’ panjang dan 8’ tinggi setiap satu.

Di dalam bilik pengeluaran ini diletakkan para untuk diletakkan medium kompos. Bahan binaan rumah cendawan terdiri daripada kayu, jaring hitam dan atap jenis metaldeck untuk mengurangkam kesan panas di dalam rumah cendawan.

Sistem pengukusan berfungsi sebagai alat pensterilan medium kompos.

Pensterilan dilakukan dengan mengalirkan wap panas ke dalam setiap bilik pengeluaran.

Sistem pengukusan cendawan jerami padi berbeza daripada pengukus untuk cendawan tiram kelabu.

#2 Penyediaan bahan kompas

Cendawan jerami padi ditanam menggunakan bahan-bahan seperti jerami padi, dedak padi dan kapur kalsium karbonat. Bahan-bahan ini akan digaul bersama untuk dijadikan kompos.

Boleh rujuk di sini untuk pembacaan lanjut untuk penyediaan bahan kompos.

#3 Penyuntikan benih cendawan

Benih cendawan ditabur di atas kompos apabila suhu kompos menurun menjadi 34 – 38 ºC atau kompos dibiarkan semalaman sebelum pembenihan dilakukan.

Jumlah benih yang digunakan bagi 100 kg kompos adalah sebanyak 4.2 kg.

Benih cendawan disuntik dengan cara memasukkan benih yang sudah sedia di celah-celah bahan kompos sedalam 1? – 2? dari permukaan kompos.

Suhu optimum bagi pertumbuhan miselium adalah pada 30 – 35 ºC dengan kelembapan 85 – 90% dan pH kandungan kompos adalah 5 – 6.

#4 Pemeraman

Proses pemeraman atau pertumbuhan miselium untuk memenuhi kompos adalah selama 10 hari.

Pada hari ke-7 pertumbuhan miselium, pintu serta tingkap rumah cendawan hendaklah dibuka selama 2 jam untuk memberi pengudaraan bagi mempercepat pertumbuhan cendawan.

#5 Penuaian hasil

Jangka masa pusingan tanaman cendawan jerami padi adalah selama 30 hari. Kebiasaannya tuaian boleh dilakukan pada hari ke-12 selepas tempoh peraman selesai.

Cendawan jerami padi yang dipetik biasanya berbentuk bulat dan membujur.

Waktu yang paling sesuai untuk menuai cendawan ini adalah ketika stadia iaitu badan buah masih dalam bentuk telur.

Ini kerana cendawan jerami padi yang matang/kembang berbentuk payung mempunyai nilai yang kurang di pasaran.

Tanda-tanda cendawan boleh dipetik adalah apabila bintik cendawan dapat dilihat di atas kompos pada hari ke-10 atau 11.

Pada hari ke-12, cendawan mula membesar, berbentuk bulat dan bujur ke atas.

Pada ketika ini, cendawan jerami padi boleh mula dipetik. Pada peringkat matang ini, cendawan jerami padi boleh dipetik sebanyak dua kali sehari (pagi dan petang).

Cendawan yang dipetik hendaklah dipasarkan dengan segera.

Jika cendawan lewat dipetik ia akan menjadi matang sepenuhnya dan tiada nilai lagi.

Untuk lagi artikel berkaitan cendawan jerami padi boleh klik di sini dan di sini juga.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Benih cendawan, Cendawan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply