Pendapatan Usahatani Terung Fertigasi

Terung merupakan sayuran yang sering dimakan oleh rakyat Malaysia.

Penanaman terung secara fertigasi telah terbukti memberi hasil yang tinggi pada kos yang efektif.

Perusahaan penanaman terung secara fertigasi menunjukkan daya maju ekonomi yang memberangsangkan dan Teknik ini menjadi pilihan utama usahawan tani.

Dengan pengurusan serta kawalan penyakit dan serangga perosak yang effektif, tanaman terung fertigasi mampu menghasil purata 4 kg buah terung sepolibeg.

Jangka hayat ekonomi tanaman terung fertigasi adalah 6 bulan.

Hasil tuaian pertama bagi terung adalah sekitar 80 hari selepas mengubah.

Kutipan hasil dilakukan dengan selangan 3 hari di peringkat awal dan setiap hari pada peringkat puncak. Prestasi kutipan hasil yang perlu dicapai oleh pengusaha ialah 4 kg sepokok.

Prestasi minimum ini haruslah dicapai bagi memastikan pengusaha mendapat modal pelaburan dalam masa yang singkat.

Walau bagaimanapun, hasil terung yang melebihi prestasi minimum ini boleh diperoleh dengan pengurusan tanaman yang betul dan cekap.

Kebiasaannya kerja-kerja mengutip hasil dilakukan menggunakan buruh kontrak tempatan dengan kadar upah RM0.30/kg.

Buah yang dipetik kemudianya digred sebelum dipasarkan.

Dengan purata terung 4 – 6 biji biji buah sekilogram, tanaman terung secara fertigasi mampu memberikan pendapatan yang lumayan.

Purata harga ladang terung tahun 2020 sehingga September adalah sekira RM 3.20 sekilogram (Purata Jualan harga ladang MYAGRI Consulting).

Pendapatan kasar per polibeg adalah RM 3.20 X 4 kg = RM 12.80.

Kawasan seluas 1 ekar mampu memuatkan 3000 polibeg tanaman terung secara fertigasi.

Pendapatan untuk projek terung fertigasi dengan kerosakan hasil 10% adalah sekitar RM 34,560.

Ini bersamaan dengan pendapatan RM 5760 sebulan.

Lumayan kan, tapi tunggu dulu.

Tanaman terung juga berisiko menghadapai serangan penyakit dan serangga perosak.

Antara serangga perosak utama tanaman terung ialah ulat ratus (Spodoptera sp.), ulat pengorek buah (Helicoverpa armigera) dan lalat buah (Bactrocera latifrons).

Walau bagaimanapun, kawalan penyakit dan serangga perosak yang dilakukan secara 23 bersepadu menggunakan racun dan kaedah yang betul dapat meningkatkan kadar kejayaan.

Pengusaha tanaman fertigasi haruslah berupaya mengenal pasti jenis penyakit dan serangga perosak terung supaya tindakan pencegahan dan kawalan dapat dilakukan dengan segera.

Artikel akan datang kita bincangkan SOP penanaman terung secara fertigasi dan Proses pelaksanaan projek terung fertigasi.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Fertigasi, terung, TERUNG PIPIT and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply