Gulai Lemak Nanas Udang

Tanaman nanas semakin mendapat perhatian usahawantani.

Asyik layan cara tanam jer.

PKP ini kita belajar masak di rumah menggunakan nanas pulak.

Admin kongsi resepi masak Gulai Lemak Nanas Udang.

Bahan – bahan

  • 1/2 kg udang
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 kunyit
  • 5 sudu besar tempoyak
  • 15 biji cili padi
  • 2 batang serai
  • 3 cawan santan
  • 1/2 biji nenas (dipotong sesuka hati)
  • Garam
  • gula

Cara penyediaan

  1. Kisar bahan untuk menumis seperti bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili padi sehingga halus.
  2. Bahan – bahan kisaran tadi dimasukkan ke dalam periuk.
  3. Masukkan nanas bersama santan dan serai, masak sehingga nanas lembut.
  4. Sentiasa kacau kuah supaya pecah minyak.
  5. Masukkan tempoyak dan kacau sehingga lerai ketulan tempoyak.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Masukkan udang selama 2 minit, jangan terlalu lama untuk menggelakkan udang daripada keras.
  8. Siap untuk dihidangkan.
  9. Bagi nikmat yang tak terhingga, masak bersama nasi putih.
Gulai Lemak Nnas Udang

Selamat mencuba!

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in nanas, Resepi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply