Musim hujan tiba lagi di Malaysia.
Ramai pengusaha mengeluh akibat masalah tanaman dan banyak pokok rosak akibat sukar mengawal serangan serangga perosak pada tanaman.
Pada artikel kali ini kita review balik pengurusan tanaman pada dan ketika musim hujan ini.
Musim hujan ini menarik pasal selalunya harga sayuran akan melambung naik tinggi ketika ini kerana kurang bekalan daripada usahawan tani lokal.
SOP ini untuk musim hujan sahaja.
Hatta banjir besar yang berlaku di Pahang, Terengganu, Johor memang tidak boleh buat apa.
Untuk SOP terdahulu anda boleh ketip di sini dan sini.
#1 Bagi mereka yang baru nak tanam pastikan anda tanam extra 30% polibeg. Contoh kalau anda buat 1000 polibeg. Extrakan 300 polibeg lagi kerana musim hujan peratusan pokok rosak adalah tinggi boleh mencecah sehingga 30%. Kerosakan akibat penyakit dan serangga perosak adalah tinggi. Musim hujan susah nak kawal penyakit terutama penyakit kulat.
#2 Beri perhatian pada simptom dan tanda serangan kulat. Pastikan dalam tempoh 24 – 48 jam selepas hujan terus bagi racun kulat. Kalau hujan terlalu kerap, hujan berhenti terus bagi racun kulat.
#3 Pembajaan. Musim hujan ini stop terus air kosong kecuali perlu. Naikkan kepekatan baja sehingga EC 3.0 dan titiskan kekerapan sekali sehari saja. Lebihkan titisaan baja jika perlu.
#4 Pastikan kawasan kebun anda mempunyai saliran air yang baik.
Musim hujan ini pengusaha perlu berikan perhatian pada pembajaan dan meracun.
Selebihnya berdoa.
Ketika bencana banjir besar seperti ini fertigasi gantung, fertigasi meja, fertigasi para dan fertigasi polibeg atas tanah semua akan menghadapi masalah.
Harap artikel ini dapat membantu usahawatani di luar sana dalam mengharungi musim hujan ini.
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022