Mengikut kajian survey 79% projek pertanian gagal adalah disebabkan kegagalan mengawal kos projek.
Atau lebih tepat gagal mengawal kos operasi kebun atau gagal.
Kegagalan mengawal kos operasi akan menyebabkan owner bakal berhutang.
Berikut admin kongsikan tips padu teruk untuk kurangkan kos operasi kebun atau ladang.
#1 Dokumen Projek.
Pengurus projek perlu menyediakan dokumen projek bagi setiap tanaman.
Maklumat penting dalam dokumen projek ini adalah pengurusan tanaman, jadual penanaman, bahan input dan peralatan yang digunakan serta kos yang diperincikan.
Dokumen projek ini akan membimbing pengurus projek dalam pelaksanaan projek secara daily basis, perolehan input dan kawalan kos.
#2 Gunakan teknologi yang proven.
Dalam kita melaksanakan projek pertanian ini, gunakan teknologi yang telah terbukti hasil dan kejayaanya.
Jangan buat try & error.
Setiap percubaan akan berakhir dengan peningkatan kos!
#3 Teknologi tepat guna.
Selepas kita memilih sesuatu teknologi yang akan digunakan di dalam projek kita.
Kita wajib membuat analisa kewangan bagi teknologi tersebut.
Analisa kewangan merangkumi pengiraan modal permulaan, kos operasi serta pulangan kewangan bagi penggunaan teknologi tersebut.
Pastikan pulangan kewangan adalah 15% – 30% daripada jumlah pelaburan yang dikeluarkan bagi menggunakan teknologi tersebut.
#4 Jalan ubah atau tambah teknologi di tengah – tengah program penanaman.
Setelah kita buat kajian dan memilih kaedah atau teknologi tersebut.
Kita gunakan kaedah tersebut sehingga habis musim.
Jangan ubah kaedah tersebut di pertengahan pelaksanaan projek, jika tidak menghadapi masalah.
Kaji pro dan contra sesuatu kaedah sebelum melaksanakan projek.
#5 Beli barang input secukupnya secara pukal sebelum menanam.
Selepas mengenal pasti peralatan dan input projek serta keperluan kewangan yang diperlukan.
Sediakan peruntukan kewangan dan buat pembelian input projek sekali gus untuk 1 musim penanaman.
Pembelian secara pukal atau borong juga dapat mengurangkan kos operasi projek.
#6 Sediakan gaji pekerja untuk satu musim terus.
Jangan lupa sediakan gaji pekerja untuk 1 musim penanaman terus.
#7 Jangan sesekali ikat kontrak supply hasil.
Sesetengah pengusaha suka mengikat kontrak supply hasil tanaman masa hadapan (future contract).
Kontrak ini memastikan pemborang membeli hasil pengusaha dengan harga tertentu.
Pengusaha juga wajib membekalkan hasil kepada pemborang pada harga dan kuantiti tertentu.
Masalah utama kontrak adalah, jika pengusaha menghadapai masalah dengan tanaman dan gagal membekalkan hasil kepada pemborong.
Pengusaha perlu membayar pampasan kepada pemborong pada nilai yang dipersetujui bagi menggelakkan daripada disaman.
Admin telah melihat ramai pengusaha sayur – sayuran bankrupt sehingga RM 1 juta disebabkan gagal membekalkan hasil ini kerana menghadapi masalah pada tanaman mereka.
Paling ramai lari malam dan menyorok.
#8 Jumlah pekerja ladang kena tepat.
Pastikan jumlah
pekerja ladang adalah bersesuaian dengan kapasiti pengeluaran ladang.
Jumlah pekerja ladang yang rendah daripada kapasiti pengeluaran akan mengganggu output pengeluaran ladang.
Manakala Jumlah pekerja ladang berlebihan juga tidak meningkatkan kapasiti pengeluaran tetapi meningkatkan kos operasi ladang.
Ramai pengusaha memiliki jumlah pekerja yang lebih tinggi berbanding kapasiti pengeluaran.
#9 Fully utilised masa pekerja.
Pengusaha wajib membuat jadual penanaman bagi rujukan pekerja.
Jadual pengeluaran ini menjadi petunjuk bagi penggunaan tenaga kerja bagi setiap kerja dan masa yang diperuntukkan bagi setiap gerak kerja terlibat.
#10 Jadual dan tempoh siap kerja.
Setiap jenis kerja atau aktiviti perlu disertakan dengan tempoh pelaksanaan yang diperlukan.
Pekerja wajib melaksanakan aktiviti atau kerja di dalam tempoh yang telah ditetapkan.
- Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi. - February 2, 2022
- Khaisiat sebenar Kesum - May 23, 2021
- Gong Xi Fa Chai! Happy Chinese New Year 2021 - February 10, 2021