Pengurusan penyakit dan perosak tanaman cendawan jerami padi

Antara penyakit dan perosak yang sering menyerang tanaman cendawan jerami padi adalah bubuk, babari, tikus, kulat dakwat hitam dan bakteria.

Cendawan jerami padi menghadapi masalah utama daripada serangan serangga perosak kecil seperti bubuk (kumbang kecil) dan babari iaitu sejenis lalat hijau.

Bubuk merupakan sejenis serangga halus yang berwarna hitam yang sering menyerang dan merosakkan medium serta memakan miselium.

Serangan bubuk ini akan menjejaskan hasil pengeluaran cendawan jerami padi. Bubuk juga sering melekat pada pakaian pekerja dan dipindahkan ke rumah cendawan yang lain.

Lalat babari pula sering menyerang bahagian insang cendawan jerami padi yang matang dan
merosakkan cendawan.

Manakala perosak seperti tikus pula akan menyerang medium yang diselaputi miselium.

Serangan tikus ini akan mengurangkan hasil pengeluaran cendawan.

Serangan perosak kecil dan besar ini dapat dielakkan dengan membersihkan rumah cendawan setiap kali selepas selesai musim penanaman serta pembuangan sisa medium perlu dilakukan dengan segera dan betul.

Cendawan jerami padi juga sering menghadapi serangan kulat dakwat hitam atau Coprinus spp.

Kebiasaannya kulat dakwat hitam ini akan tumbuh di bahagian medium kompos yang tidak disteril dengan betul.

Pertumbuhan kulat ini akan merencat pertumbuhan miselium jerami padi sekali gus menjejaskan hasil pengeluaran cendawan.

Cendawan jerami padi juga menghadapi masalah bakteria sewaktu pengeluaran hasil.

Bakteria ini sering menyerang di bahagian tangkal cendawan serta menyebabkan tompok perang berlendir di bahagian tangkal cendawan dan menjejaskan mutu cendawan.

Jadi gais, bagi tumpu pada kebersihan ladang cendawan korang ok.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Cendawan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply