Baja FISH AMINO ACID atau FAA ini dihasilkan melalui kaedah fermentasi hasil sisa buangan ikan yang terdiri daripada perut, insang dan isi ikan.
Baja ini sesuai digunakan untuk tanaman komersial atau pun tanaman hobi atau hiasan di rumah.
Bahan – bahan ini lebih dikenali sebagai Fish Amino Acid (FAA). Baja ini turut mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi.
Dalam bahasa hijau, baja ini adalah baja natural farming, yang sangat popular di Korea.
Tempoh penghasilan baja ini adalah 6 bulan sehingga setahun (bergantung kepada kuantiti bahan) atau sehingga baunya ok dan enak.
Baja ini juga tahan lama sekiranya disimpan dengan elok.
Baja ini mudah disedia serta menjimatkan kerana menggunakan bahan – bahan terbuang.
Baja FAA ini juga mudah diserap oleh akar dan liang daun semasa peringkat pertumbuhan.
Jom kita lihat cara membuat baja FAA ini.
Bahan – bahannya:
a) 1 kg gula merah / molases
b) bekas plastik atau kaca berpenutup (atau kertas dan tali)
c) 1 kg sisa ikan
Cara – cara:
1. Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi
2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1
3. Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA.
Kaedah penggunaan:
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.
Selamat mencuba menghasilkan Baja FAA ini.
- Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi. - February 2, 2022
- Khaisiat sebenar Kesum - May 23, 2021
- Gong Xi Fa Chai! Happy Chinese New Year 2021 - February 10, 2021