CARA PENANAMAN ANGGUR

Anggur Isabella

Anggur Isabella

Tanaman anggur mula giat ditanam di Malaysia, untuk entri kali ini kita akan mempelajari beberapa kaedah penanaman anggur. Terdapat beberapa cara iaitu secara biji benih, keratan batang, dan anak pokok. Boleh ditanam terus diatas tanah atau didalam pasu.

Kaedah penanaman secara biji benih

Sebelum melakukan penanaman anggur, pemilihan varieti adalah perkara paling penting kerana tidak semua varieti sesuai dengan keadaan iklim dinegara kita.  Varieti yang sesuai untuk ditanam di Malaysia sudah saya kongsikan bersama anda semua di entri jenis-jenis anggur Malaysia. Antaranya ialah black opal,Malaga,black muscat,Isabella dan lain-lain. Biji benih boleh dibeli di kedai atau diambil pada buah anggur dan direndam didalam air selama 24 jam.

Biji benih boleh disemai terus pada pasu. Media tanaman yang digunakan ialah pasir,bahan organik,tanah gambut dan fibre dan campurkan kesemuanya.sebelum itu masukkan terlebih dahulu batu bata yang sudah dipecahkan supaya media tidak terkeluar bersama air lebihan. Selepas itu buat lubang dan masukkan biji benih anggur. Selepas itu siram dan letakkan tanaman di tempat dengan pencahayaan matahari penuh. Penanaman didalam pasu adalah sesuai untuk kawasan perumahan yang kekurangan ruang. Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.

Kaedah penanaman secara keratan batang

menyemai anggur dari keratan ranting. Sekarang ni pokok anggur dah banyak didapati dimana-mana di Malaysia. Ada kalanya kita diberikan keratan ranting anggur untuk dibawa balik untuk disemai ataupun membeli keratan anggur melalui pos. Cara ini adalah sesuai untuk menyemai keratan ranting anggur dalam kuantiti yang kecil.

Mula-mula sekali kita kenalah ada keratan pokok anggur. Kalau diambil sendiri dari pokok anggur, selalunya di ambil ranting yang bersaiz sebesar batang pensel dengan panjang minimum tiga mata tunas.  selepas tu bila dah ada keratan, bolehlah mula untuk menyemai keratan ranting anggur anda.

Menggunakan media tanaman,1 bahagian pasir sungai dan 2 bahagian fiber sabut kelapa. Gaulkan dan masukkan kedalam pasu atau polibeg. Semaian dalam pasu dapat menghasilkan kadar pertumbuhan yang lebih baik. Cucukkan keratan anggur ke dalam pasu kira-kira 2-3 inci bergantung kepada panjangnya keratan. Pastikan keratan tidak ditanam terbalik kerana kalau ditanam terbalik, akar pokok tidak tumbuh. Jika ada penggalak agar, sapukan pada bahagian bawah keratan sebelum dicucuk ke dalam pasu. Padatkan tanah disekeliling keratan untuk memastikan ia sentiasa tegak dan tidak bergoyang

Penjagaan Semaian Keratan Anggur

  1. Letakkan keratan anggur yang telah dipasu di kawasan yang teduh (tidak terdedah kepada hujan) tetapi mendapat cahaya matahari.
  2. Siram dengan air pagi dan petang. Pastikan media tanaman tidak kering dan tidak terlalu lembab hingga menakung air. Kalau air bertakung, keratan akan mati.
  3. Elakkan dari keratan anggur bergoyang atau terlanggar lebih-lebih lagi pada dua minggu pertama setelah disemai kerana dalam tempoh itu, keratan anggur mula untuk tumbuh akar dan akar yang tumbuh adalah terlalu sensitif jika diganggu.
  4. Tunas baru akan mula keluar dari keratan selepas seminggu disemai dan akar akan mula keluar selepas dua minggu.
  5. Elakkan membaja pada peringkat permulaan, pembajaan boleh dibuat selepas sebulan. Digalakkan penggunaan baja organik bagi mengelakkan pokok mengalami kerosakkan akibat terlebih pembajaan kimia.
  6. Saya biasanya akan membiarkan benih anggur tumbuh lebih dua bulan sebelum dialih kepasu yang lebih besar atau di tanam di atas tanah.
  7. Kalau ditempat anda tidak terdapat atau susah nak dapat fiber kelapa, bolehlah digunakan media-media tanaman yang dijual dikedai-kedai atau dipasaraya. Kalau membeli media tanaman, pilihlah media tanaman untuk semaian.
ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Anggur and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply