TERNAKAN ITIK TELUR

telur itik

Pada bulan puasa ini, telur masin merupakan juadah yang menjadi kegemaran buat masyarakat Malaysia. Tambah lagi dimakan bersama dengan nasi panas dan dibuat masak lemak telur itik. Dek kerana permintaan telur itik semakin melonjak naik, maka ramai petani mula melakukan penternakan itik telur secara besar-besaran berbanding dahulu yang hanya dibuat secara kecil-kecilan. Pasaran itik mula meningkat dan harga telur itik juga semakin menurun tidak seperti dahulu nak mencari telur itik pun payah.

Itik merupakan sejenis haiwan daripada keluarga anatidae yang dijadikan ternakan daripada jenis burung (avian) atau unggas yang mempunyai dua kaki, habitatnya di air tawar atau air masin. Itik adalah lebih kecil badannya daripada angsa. Penternakan itik kebanyakan banyak dijalankan di kawasan yang mempunyai sumber air seperti di sawah padi. Ramai populasi kaum cina di Pulau Pinang, Perak,Kedah, dan Perlis yang mengusahakan ternakan itik ini. Kini, pengusaha melayu di Kelantan, Terengganu juga mula mengusahakan ternakan itik telur ini.

Itik mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya juga sedikit berbeza dan lebih mudah daripada penternakan ayam. Pemilihan baka adalah sangat penting bagi pengeluaran yang baik. Baka-baka itik telur yang sesuai adalah:

itik khaki campbell

  • kacukan Khaki Champbell dari Thailand
  • Taiwan
  • Australia

Ciri-ciri baka penelur yang baik dan berkualiti ialah:

  • mempunyai daya hidup yang tinggi
  • bebas dari kecacatan
  • penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
  • menghasilkan telur yang berkualiti
  • berat antara 65 – 75 gm sebiji
  • kulit telur adalah keras
  • warna kuning telur kemerah-merahan
  • saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
  • ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.

Pemakanan itik adalah sangat penting bagi itik penelur kerana makanan yang tidak cukup akan menganggu dan membantutkan tumbesaran itik telur. Itik yang kurang makan akan lambat besar dan tidak bertelur pada jangka masa yang dijangka. Manakala, jika diberi makanan secara berlebihan akan menyebabkan itik membesar dengan mendadak dan cepat, ia akan bertelur dengan cepat tetapi pengeluarannya akan menjadi rendah dan saiz telur akan menjadi kecil. Itik-itik yang bertelur awal akan cepat berhenti pengeluaran telurnya. Oleh itu, makanan itik perlulah ditimbang mengikut sukatan yang ditentukan.

Secara amnya, itik akan mula bertelur apabila sudah mencapai berat badan 1.8-2.1 kg. makanan jenis kormesil yang sesuai digunakan untuk ternakan itik ialah:

  • Duck starter cumble 1-3 minggu
  • Duck grower pellet 4-15 minggu
  • Duck layer pellet 16 minggu- keatas

Seekor itik memerlukan makanan sebanyak 140-160 gm sehari. Jika makanan dibancuh  dengan air ia mestilah sekurang-kurangnya 175-200 gm sehari. Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).

Rumah itik pula haruslah mempunyai ciri-ciri Peredaran udara yang sempurna. Dimana Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik. Saiz rumah juga mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi. Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi memastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang. Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-

  • Telur Itik Segar

Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang perseorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.

  • Telur Masin

Telur masin adalah telur yang diawet untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.

sedikit tips dan panduan kepada yang beragama islam khususnya, jika hendak membuat  telur masin pastikan telur masin tersebut dibasuh terlebih dahulu untuk mengelakkan najis dan kotoran menyerap kedalam telur semasa ia diperamkan. jadi telur yang kita makan itu adalah najis. najis adalah haram dimakan.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in itik penelur and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply