CARA MENANAM SADERI DI DALAM POLIBEG


Tanaman Saderi (Apium graveolens) termasuk dalam keluarga Umbelliferae, tanaman yang sering dijadikan herba atau tanaman berkhasiat ubat. Daun saderi digunakan sebagai bahan masakan dan penghias hidangan.

Terdapat dua cara menanam saderi iaitu dari biji benih dan vegetatif (dari anak pokok). Kebiasaannya, biji benih digunakan untuk penanaman saderi skala luas atau komersial. Untuk skala kecil seperti dalam pot atau polibeg, kebiasaanya akan menggunakan cara vegetatif kerana ia lebih mudah dilakukan.

Persiapan Media Tanaman. Campurkan media tanaman iaitu kompos, tanah gembur, dan arang sekam padi 1:1:1. Kacau sehingga rata. Masukkan media tanaman ke dalam pot atau polibag sehingga terisi tiga perempat daripadanya.

Ambil induk tumbuhan yang ada, pilih batang pokok yang kira-kira sudah cukup kuat untuk ditumbuhkan sendiri. Batang tersebut kemudian dipotong menggunakan pisau yang tajam dan dipindahkan ke dalam polibeg atau pot yang sudah terisi dengan media tanaman.

Penyiraman. Setelah tanaman saderi baru dipindahkan ke pot atau polibeg, siramlah sebanyak 2 kali sehari di pagi dan petang hari. Tanaman yang baru dipindahkan akan memerlukan air lebih banyak untuk pertumbuhan akarnya. Ketika sudah stabil, di usia sekitar 3 minggu, penyiraman dikurangkan.

Setelah saderi berusia kira-kira 1-3 bulan, daunnya kini sudah boleh dituai untuk dinikmati. Potonglah saderi dari pangkal batang tanaman untuk menuainya. Lakukan tuaian sebanyak 1 minggu sekali sekaligus ia memberi kesempatan pada tumbuhan untuk tumbuh lebih banyak daunnya.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in DAUN SADERI and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply