Ikan puyu merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak dijumpai di negara kita dan negara jiran yang serupa. Ia sering berada dalam sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini dan hidup secara semulajadi di sana. Ikan puyu lazimnya bersisik dan mempunyai sirip keras memudahkan spesies ikan puyu bergerak di atas tanah yang berair. Saya memang salalu jumpa dan mengail ikan puyu semasa zaman muda dulu di Kampung Sekinchan, Selangor pada musim tertentu. Ikan puyu amat unik kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.
Ikan ini juga mampu membenam dalam lumpur. Ada sesetengah orang akan menggelar spesies sebagai jenis ikan yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam dan ia tidak mudah mati. Ikan yang mempunyai warna sisik coklat kehitaman ini mempunyai duri yang tajam dan banyak terutama dibahagian sirip tepii dan sirip dibahagian atas. kalau terkena sengatan dari duri ikan puyu in bisanya memang menyakitkan.
Spesies ini hidup secara berkumpulan dalam satu kawasan yang dikatakan lubuk ikan. Sebenarnya spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti cara menggunakan jaring, pukat, jala, tuba dan juga akktiviti memancing yang keterlaluan. Sebaiknya teknik memancing ikan ini adalah dengan mengamalkan kaedah ‘tangkap dan lepas’ bagi yang besar diambil dan yang masih bersaiz kecil dilepaskan semula.
Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah dari dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020