IKAN SEPAT


Ikan sepat merupakan sejenis ikan air tawar yang popular di kawasan Asia Tengara dan beberapa negara lain sebagai ikan yang dimakan dan juga untuk akuarium. Ikan Sepat merupakan dari kumpulan Ikan Gourami yang dianggap antara spesis yang kadang-kadang ada dipelihara dalam akuarium terutama beberapa jenis seperti ikan sepat seperti sepat mutiara. Terdapat beberapa jenis ikan sepat yang saya kenal seperti jenis ikanSepat Siam, ikan Sepat Rawa dan ikan Sepat Mutiara.

Ikan sepat sudah tidak asing di kalangan masyarakat kita di Malaysia. Ianya dijadikan ternakan mahupun sumber makanan. Ikan sepat biasanya berada di kawasan sawah padi dimana ia merupakan habitatnya. Akan tetapi, kini populasi ikan sepat ini sudah berkurang akibat penggunaan racun kimia yang berlebihan di sawah bendang yang menyebabkan kematian. Bagaimana pun pada masa ini terdapat beberapa pemilik akuarium yang berminat untuk memelihara ikan sepat kerana keunikannya selain semakin sukar untuk ditemui di parit, tali air sawah atau kolam yang sebelum ini menjadi habitat utama ikan sepat.

Ikan Sepat Kering adalah diantara satu produk dari ikan sepat yang amat popular dan diminati ramai. Selain ia untuk dimakan segar (digoreng atau dibuat gulai), ikan sepat juga ada yang di buat jeruk pekasam. Ikan sepat kering adalah bahan makanan yang disukai oleh masyarakat Malaysia dan Indonesia. Ikan sepat jenis Sepat Siam yang telah pun dikeringkan merupakan ikan sepat paling popular dan enak dimakan kerana ia mempunyai isi yang lebih tebal berbanding sepat rawa.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in IKAN SEPAT and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply