Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi – Apfid / kutu daun

Bersua kita dalam siri pertama dan Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi. Dalam siri yang pertama ini kita akan berkenal dengan kutu daun atau apfid. Nama Inggeris serangga ini adalah Melon aphid ataupun cotton aphid, tetapi di malaysia ianya lebih dikenali sebagai kutu daun daripada afid. Nama saintifiknya adalah Aphis gossypii Glover.

Jenis tanaman suka diserang oleh kutu daun ini adalah cili, timun, bendi, terung dan labu. Selalunya kutu daun akan menyerang pada bahagian daun, pucuk muda dan dahan lembut. Afid ini juga selalunya membina koloni dan sarangnya dibawah permukaan daun.

Afid biasanya akan merosakkan tanaman dengan mengisap sap ataupun cecairan sel daun mengakibatkan pertumbuhan daun terbantut dan menjadi kerinting. Afid ini juga merembeskan cecair (sisa buangan/najis) yang manis. Rembesan ini akan melekat pada permukaan daun dan mengakibatkankan berlakunya pertumbuhan kulat jelaga. Pertumbuhan kulat jelaga ini juga menjejaskan proses fotosintensis. Akibatnya, pertumbuhan pokok terbantut secara seluruhannya. Rembesan manis afid ini tadi membentuk satu hubungan simbiosis di antara afid dan juga semut. Afid membekalkan makanan (najis manis) kepada semut manakala semut pula menjaga dan memmindahkan afid daripada pokok ke pokok.

Afid juga bertindak sebagai vektor yang mampu memindahkan penyakit virus kepada tanaman. Kitaran hidup afid adalah sekitar 8-10 hari sahaja dan afid melalui dua peringkat hidup iaitu nimfa dan serangga dewasa. Nimfa atau anak afid dilahirkan secara partenogenesis iaitu dilahirkan oleh afid dewasa dengan kadar kelahiran 5-6 nimfa sehari. Nimfa ini akan bersalin kulit sebanyak 4 kali dan melalui empat peringkat instar sebelum menjadi afid dewasa.

Afid dewasa terbahagi kepada dua, iaitu afid tidak berkepak dan afid berkepak tetapi kebanyakkan afid adalah tidak berkepak. Afid berkepak adalah tujuan penyebaran koloni.

Bagi tanaman organik, pemangsa afid seperti kumbang kura – kura dan tanaman selingan seperti jagung digunakan bagi mengurangkan populasi afid di ladang. Manakala bagi kawalan secara kimia pun racun perosak dengan bahan aktif seperti profenofos, prothiophos dan imidaclorprid digunakan. Semburan perlu dilakukan mengikut sistem 1,4,7 dan semburan dilakukkan bawah daun.

Diharap maklumat di atas dapat membantu pembaca semua dalam mengenal serangga perosak tanaman dan sekaligus dapat meningkatkan proses kejayaan perusahaan semua.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Kawalan serangga tanaman, Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

14 Responses to Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi – Apfid / kutu daun

  1. Jo says:

    Apa dia sistem 1 4 7 ?

    • ysuhaimi says:

      1,4,7 bermaksud kita meracun pada hari pertama, keempat dan ketujuh untuk kawalan serangga perosak. Semburan hari pertama untuk membuat serangga dewasa. Hari keempat untuk membuat serangga baru menetas. Hari ketujuh untuk memastikan semua serangga clear.

  2. wan says:

    apakah maksud sistem 1,4,7?

    • ysuhaimi says:

      1,4,7 bermaksud kita meracun pada hari pertama, keempat dan ketujuh untuk kawalan serangga perosak. Semburan hari pertama untuk membuat serangga dewasa. Hari keempat untuk membuat serangga baru menetas. Hari ketujuh untuk memastikan semua serangga clear.

  3. aqsa_sharif says:

    mahalnya racun serangga…

Leave a Reply