MUSUH TANAMAN ANGGUR

Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980’an.

Di Malaysia anggur ditanam di negeri Perlis yang merupakan negeri yang maju dalam penanaman anggur. Ini kerana sifat semulajadi pokok anggur yang perlukan musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakan ia berbunga dan berbuah. Tanaman anggur perlukan cahaya matahari yang banyak dan curahan hujan yang kurang dari 800 mm setahun. Penyiraman atau hujan akan mengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%.

Seperti tanaman buah-buahan yang lain. Anggur juga tidak ketinggalan diserang oleh penyakit seperti antraknos (Collectroticum spp) yang menyerang pucuk dan buah dikawal menggunakan racun yang sesuai. Penyakit lain ialah karat yang menyerang daun dan buah. Penyakit kulapuk berdebu antara penyakit merbahaya jika tidak dikawal akan menyebabkan pokok layu atau mati. Kawalan racun kulat terkawal dapat atasi masalah serangan penyakit.

Antara penyakit yang kerap menyerang tanaman anggur ialah

  1. Antraknos

(Elsinoe ampelina)

antraknos anggur

menyerang semua bahagian tanaman. Bintik kelabu dengan tepi coklat kemerahan, kemudian buah mengeras dan berkudis.

Cara atasi:

  • Pangkas bahagian yang sakit
  • Melakukan sanitasi pada kebun
  • Menyembur racun kulat
  1. Karat daun

(grapevine leaf rust)

karat daun pada tanaman anggur

karat daun pada tanaman anggur

Simptom daun mempunyai debu karat berwarna jingga pada permukaan bawah daun dan bintik-bintik hijau kekuningan pada permukaan atas daun. Seluruh permukaan daun akan diliputi oleh lapisan tepung berwarna jingga karat dan menyebabkan daun kering dan mengerekot. Penyakit karat daun disebabkan oleh kulat phakospora euvitis.

Cara atasi:

  • Memperbaiki saliran dan menjaga kawasan supaya tidak terlalu lembab
  • Melakukan pemangkasan ranting agar tidak terlalu rimbun
  • Memangkas dan membuang daun yang telah dijangkiti dengan segera
  • Melakukan semburan racun perosak tebucanozole 0.1 kg/per ha dan racun kulat seperti moltovin dan kocide.
  1. Reput buah

Disebabkan oleh Collectotricum spp.

reput buah

reput buah

Simptom dapat dilihat pada buah, dimana buah akan menjadi lebam, berbintik hitam, dan berair lama kelamaan akan mereput.

Cara atasi:

  • Pangkas bahagian yang sakit
  • kurangkan kelembapan
  • bungkus buah
  1. verticillium rot

penyakit ini disebabkan oleh verticillium dahliae. Penyakit ini menyerang buah, dan simptomnya ialah buah akan kelihatan bintik-bintik karat dan buah menjadi kecil dan tidak tumbuh dengan seragam.

Cara atasi:

  • pangkas bahagian yang dijangkiti dengan segera
  • bungkus buah dengan plastik
  • menjaga kebersihan kebun
  • sembur racun

Serangga perosak bagi tanaman anggur

  • flea beetle (Scelodonta strigicollis)

    flea beetle

    flea beetle

merosakkan akar

  • kumbang koboi (Apogonia cribicolla)

merosakkan daun dengan mengigit dan menyebabkan daun menjadi kekuningan.

  • thrip (Frankliniella occidentalis)

    thrips

    thrips

merosakkan buah,memakan isi buah, mengigit daun

cara atasi masalah serangga adalah menyembur racun serangga,menjaga sanitasi kebun,dan membalut buah supaya tidak diserang.

Kongsikan!
  • 18
  •  
  •  
  •  
    18
    Shares
This entry was posted in Anggur and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply