Masalah pH pada media: punca dan penyelesaian

Penggunaan coco peat atau sekam padi bakar adalah sama sahaja, tiada perbezaan yang signifikan daripada segi pertumbuhan tanaman mahu pun hasil.

Yang hasil pengusaha fertigasi faham adalah kaedah pembajaan dan pemberian air pada kedua – dua jenis media ini adalah berbeza sama sekali.

Media tanaman seperti coco peat atau pun sekam padi bakar yang lama selalunya akan mengalami masalah pH yang berasid atau beralkali.

Dalam bahasa kampungnya, media menjadi masam.

So apabila pH media beruabah apa yang perlu kita lakukan?

A) Buang beli media baru.

B) Rawat media.

Jadi apakah Option yang anda ada.

Sudah tentu pilihannya adalah A.

Ya. betul media sama ada coco peat atau sekam padi bakar boleh digunakan lama dan bermusim – musim lamanya.

Sebelum kita pergi lebih lanjut.

Pembaca perlu fahamkan terlebih dahulu nilai pH.

Nilai pH berasid adalah daripada 0 – 6.9.

Manakala nilai pH beralkali adalah 7.1 – 14.

Nilai pH 7 adalah nuetral seperti air paip.

Kenapa nilai pH ini penting pada tanaman.

Nilai pH mempengaruhi proses penyerapan nutrient oleh akar tanaman.

samada nilai pH tinggi atau rendah ianya akan mempengaruhi penyerapan nutrient oleh akar tanaman.

Boleh rujuk gambar di bawah.

Nutrient-availability

Justeru itu nilai pH yang ideal adalah di antara 5.5 – 6.5 atau 5.5 ke 7.

Cara – cara merawat media coco peat atau sabut kelapa

1. Hidup pam air dan alirkan air kosong ke polibeg sehingga air melimpah atau kita panggil flushing.

2. Coco peat adalah media yang paling mudah untuk kita neutralkan kembali nilai pH dia.

3. Kita hanya perlu flushing untuk meneutralkan kembali pH pada coco peat.

4. Flushing ini digalakkan dibuat sebulan sekali untuk meneutralkan kembali nilai pH media semasa musim penanaman.

Cara – cara merawat media sekam padi bakar

1. Cara merawat media sekam padi bakar adalah berbeza daripada coco peat.

2. Perhatian media sekam padi bakar perlu dirawat seawal musim penanaman terutama musim penanaman kedua bagi menggelakkan media menjadi masam.

3. Seperti juga coco peat, media diflushing sehingga air melimpah, dan alirkan air Kapur ke media sekam padi bakar bagi meneutralkan kembali media.

4. Seperti juga penyediaan penanaman untuk penanaman konvensional di mana kapur digunakan untuk meneutral pH tanah.

5. Kadar kapur bergantung kepada jenis atau brand cecair kapur yang digunakan.

6. Anak pokok atau penanaman hanya boleh dilakukan 1 – 2 minggu selepas air kapur dimasukkan ke dalam media.

Selamat mencuba!

Kongsikan!
  • 32
  •  
  •  
  •  
    32
    Shares
This entry was posted in Fertigasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply