Budidaya perusahaan cili bengala (capsicum)

Ramai orang berminat menanam cili kulai atau cili merah.

Serta tidak kurangnya yang menanam cili padi.

Sama ada secara fertigasi atau pun kaedah konvensional.

Tetapi satu lagi tanaman yang berpotensi untuk dikomersial yang dilupakan adalah capsicum atau cili bengala atau dipanggil lada manis di Sabah dan Sarawak.

Harga ladang yang menarik sekitar RM 5.50 – RM 7.00.

Tanaman capsicum tergolong di dalam keluarga Capsicum annuum.

Terdapat pelbagai jenis warna capsicum.

15-incredible-facts-you-didnt-about-bell-pepper

Secara puratanya untuk mendapatkan satu kilo capsicum, pengusaha hanya perlu memetik 4 – 6 biji capsicum sahaja.

Secara puratanya kebanyakkan pengusaha capsicum hanya menyimpan sebanyak 20 – 30 biji capsicum sepokok.

Dengar mudahkan, tetapi kerjanya sedikit rencam kerana, tanaman capsicum hanya disimpan dua batang utama atas (main stem) sahaja bagi meningkatkan kualiti buah.

p20016pc

Kebanyakkan capsicum ditanam secara fertigasi.

Samaada fertigasi di bawah SPH atau fertigasi terbuka.

f2

Dan tunas air serta daun sebelum cabang utama dibuang sebagaimana tanaman cili kulai.

Kerja – kerja melatih dan membuat pruning bagi mengekalkan dua batang utama dilakukan secara berterusan pada sepanjang musim penanaman.

Pokok capsicum mampu mencapai 6 – 8 kaki tinggi.

Justeru sokongan tali lanjaran diperlukan bagi melatih pokok naik ke atas.

Dawai lanjaran dibuat setinggi 8 – 10 kaki bagi menyokong pertumbuhan tanaman capsicum.

Bagi mendapat potensi hasil yang sebenar, baja fertigasi untuk tanaman capsicum diperlukan.

Secara puratanya, hasil tanaman capsicum mampu mencapai sebanyak 4 kg sepokok.

Penyakit dan serangga perosak yang menyerang tanaman capsicum adalah sama yang menyerang tanaman cili kulai.
Justeru itu kawalan penyakit dan serangga perosak adalah sama sebagaimana untuk tanaman cili kulai.

Tanaman capsicum bukan sahaja boleh ditanam di kawasan tanaman tinggi, bahkan sesuai ditanam di kawasan tanah rendah.

Terdapat variety capsicum yang sesuai ditanam di kawasan tanah rendah.

Harga biji benih capsicum juga boleh tahan mahalnya.

Kebanyakan harga biji benih capsicum adalah sekitar RM 70 – RM 550 untuk 10 gm.
Pemasaran capsicum tertumpu kepada restoren, hotel, pasar borong, hypermarket dan supermarket.

Permintaan untuk capsicum semakin meningkat kerana ramai rakyat Malaysia tahu menikmati dan memasak sayuran capsicum ini.

Hampir kebanyakkan hidangan masakan masa kini mengandungi sayur capsicum ini.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Capsicum, Fertigasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply