Sandwich

Sandwich adalah menu sihat, mudah dan ringkas untuk disediakan terutama pada waktu pagi dan ianya adalah menu wajib untuk mereka yang suka beriadah seperti berkelah, perkhemahan atau mandi manda. Ianya juga sangat digemari oleh semua lapisan umur terutama kanak kanak dan remaja. Ianya juga pilihan untuk bagi mereka yang mengamalkan diet pemakanan seimbang kerana sandwich adalah makanan yang berkhasiat kerana mengandungi unsur protein, karbohidrat, vitamin , lemak dan pelbagai unsur unsur lain yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia. Di Indonesia, ianya dikenali sebagai roti lapis mungkin kerana keadaan sayuran, daging dan roti yang berlapis lapis antara satu sama lain.

Secara umumnya, sandiwich adalah gabungan protein, vitamin, lemak dan karbohirat. Campuran daripada daging, ayam, ikan, telur atau tuna akan dilapisi bersama pelbagai sayur sayuran yang sesuai seperti salad, timun, tomato atau kobis. Ianya akan diapit oleh 2 potongan roti daripada roti kosong, roti gandum atau roti hot dog. Ada juga pengemar sandwich yang akan menyapu roti dengan mentega atau butter, mayonis dan dilapisi dengan keju seperti chesedale bagi menambahkan lagi keenakkan rasa sandwich tersebut. Ianya merupakan menu yang lengkap dan berkhasiat dengan gabungan pelbagai unsur yang sangat diperlukan untuk membekalkan tenaga terutama pada waktu pagi.

Pengusaha makanan samada restoren, gerai makanan atau kafe makanan segera mengambil peluang untuk menghidangkan pelbagai jenis sandwich. Restoren makanan segera seperti “Subway” yang mempunyai banyak rangkaian cawangan di seluruh dunia menyajikan pelbagai jenis sandwich yang enak dan lazat diambil bersama sama secawan kopi atau cappuccino. Pelanggan boleh duduk makan di restoren tersebut atau membawa pulang atau “take away” menu tersebut. Keadaan ini memudahkan semua pelanggan yang kesuntukkan masa untuk menyediakan sarapan pagi atau ianya diambil sebagai menu ringkas tetapi berkhasiat sebagai alas perut di waktu kesibukkan untuk ke tempat kerja atau apa juga aktiviti yang berkaitan.

ASAL USUL SANDWICH

Seorang aristokrat Inggeris pada abad ke- yang bernama John Mentagu adalah orang pertama yang memberi ilham kepada nama sandwich dan ianya digelar Earl of Sanwich IV. Earl of Sanwich IV adalah insan yang gemar bermain kad terup dalam permainan judi, dan terlalu leka dengan permainan tersebut sehingga lupa untuk makan. Pada suatu hari (ketika waktu tengahari), beliau sangat asyik dengan permainan tersebut tetapi beliau berasa sungguh lapar dan tidak berniat untuk menghentikan permainan tersebut. Lalu beliau mengambil 2 potong roti bersama lapisan daging dan sayuran tomato. Beliau menyepit daging dan tomato dilapisan roti lalu dimakan dengan sebelah tangan. Beliau meneruskan pemakanan lapisan roti, daging dan tomato sehingga 3x makan sambil bemain kad terup tersebut. Sejak dari itu, beliau menamakan makanan tersebut dengan nama sandwich sempena nama daerah dimana beliau makan sambil bermain kad terup. Bermula dari detik itu, pemakanan sandwich menjadi ikutan dan budaya buat orang Inggeris. Aktiviti pelayaran dan perdagangan melebarkan menu sandwich ke seluruh dunia.

JENIS JENIS SANDWICH

Sandwich mempunyai asas gabungan roti, sayuran dan protein. Ianya berbeza disebabkan oleh isi atau filling yang diapit oleh roti. Berikut merupakan jenis jenis sandwich yang boleh ditemui di mana mana café, restoren, hotel atau dibuat sendiri:

i. Roti Keping (toast bread) seperti sandwich ayam atau daging bersama salad, sandwich keju, sandwich tuna atau sandwich telur omelet atau ham sandwich

ii. Roti Perancis seperti sandwich daging panggang (hot roast beef sandwich)

iii. Roti Hamburger seperti burger keju sandwich, hamburger sandwich

iv. Roti hot dog seperti sandwich hot dog dan sandwich daging panggang

CARA CARA BUAT SANDWICH RINGKAS

A. SANDWICH TUNA

Bahan – bahan
1. Sebuku roti biasa atau roti gandum (wheatmeal) – cukup untuk 4 – 5 orang makan
2. 1 tin Tuna ( 1 tin untuk sebuku roti)
3. 4 – 5 helai Kobis atau salad
4. 2 sudu besar Mayonis
5. Timun jepun atau tomato
6. 1 biji Lada capsicum
7. 2 biji Bawang Holand
8. Sedikit Serbuk perasa (lada hitam dan garam)

Cara Menyediakan sandwich tuna

1. Bawang besar dan capsicum yang telah dipotong dadu dicampurkan dan dilenyek bersama tuna di dalam 1 mangkuk besar

2. Masukkan mayonis, lada hitam dan garam lalu digaul rata

3. Kobis atau salad yang telah dibasuh dan dikeringkan airnya dilapikan ke atas kepingan roti yang telah disapu dengan sedikit mentega.

4. Timun dan tomato diletakkan di atas salad atau kobis dan dilapiskan dengan tuna yang telah digaul rata lalu diapit dengan kepingan roti kedua

5. Potong bahagian tepi roti dan dipotong bahagian hujung ke hujung untuk membentuk sandwich segitiga dan dibalut dengan plastik pembalut makanan yang bersesuaian bagi melindungi sandwich terkena udara dan menyebabkan ianya cepat kering dan menjadi keras

B. SANDWICH TELUR

Bahan – bahan
1. 1 Buku roti kosong atau roti gandum
2. 4 biji telur rebus
3. 2 biji bawang holand – dipotong dadu
4. 1 pek keju chesedale
5. Sedikit serbuk perasa (lada hitam & garam)
6. Hirisan tomato
7. 2 sudu besar mayonis

Cara Menyediakan sandwich telur

1. Telur rebus dilenyekkan sehinga ¾ hancur dan dicampurkan bawang holand dan serbuk perasa mengikut kesesuaian

2. Mayonis dicampur ke dalam mangkuk dan digaul rata

3. 1 lapis keju chesedale dan hirisan tomato diletakkan diatas kepingan roti lalu diletakkan campuran telur rebus

4. Ambil sekeping roti yang lain lalu diletakkan di atas telur tadi

5. Bungkus sandwich menggunakan plastic pembalut makanan yang bersesuaian
Roti sandwich boleh tahan sehingga 12 jam dan tutup menu tersebut supaya terhindar dari lalat atau keadaan panas. Ianya bertambah sedap apabila dilapisi bersama salad yang segar dan ranggup. Selamat mencuba resipi ini.

Kongsikan!
  • 22
  •  
  •  
  •  
    22
    Shares
This entry was posted in Pemprosesan Makanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply