PARAQUAT DIHARAMKAN- KENAPA?

RACUN PARAQUAT merupakan sejenis racun berbisa yang meluas penggunaannya sebelum proses pengharaman dimulakan semenjak 1996 lagi. Racun ini memang terbukti berkesan pada rumpai dengan masa yang singkat. Tambahan pula, harganya yang berpatutan menyebabkan ianya mudah didapatkan oleh petani bagi digunakan pada tapak penanaman mereka.

Justeru, masih ramai petani atau pembeli racun ini berdegil akan kesan buruk ke atas mereka dan masih meragui adakah racun lain mampu menandingi racun Paraquat ini dalam mengatasi masalah rumpai di ladang. Jadi dengan itu, artikel ini menceritakan sebab dan kenapa racun Paraquat ini diharamkan.

Pertama sekali adalah dimana racun paraquat diklasifikasikan sebagai racun perosak berbisa iaitu kategorikan di Kelas 1B. Dimana ia adalah racun rumpai yang sangat beracun dengan jalur merah berserta tengkorak. Racun ini perlu dijauhkan daripada kanak-kanak dan ianya boleh membawa maut.

Resapan yang terlalu mudah pada permukaan kulit menyababkan iritasi kulit dan mata yang serius. Ini akan menyebabkan bahagian kulit dan mata yang terkena racun akan terjejas jika tiada kawalan penggunaan dengan baik.

Seterusnya, pendedahan pada kulit dan ingesi (makan/minum) kepada parakuat boleh mengakibatkan ketoksidan yang serius. Ianya akan menyebabkan maut dalam masa 24 jam mungkin tidak dapat dielakkan jika terdapat kerosakan tisu paru-paru, hati, jantung, ginjal dan kelenjar adrenal.

Disebabkan ianya tiada sebarang penawar (antidot) yang boleh digunakan dalam kes keracunan parakuat mengukuhkan lagi asbab racun ini diharamkan kepada pengguna.

Selain itu, penggunaan racun telah mengurangkan bilangan ikan air tawar dalam sawah. Ini diakui oleh petani sendiri, dengan menyatakan bahawa ini adalah kesan penggunaan Paraquat. Burung, itik dan ayam juga terkena racun melalui pemakanan. Jika racun ini digunakan dengan kuantiti banyak dengan jangkamasa panjang maka ia akan memusnahkan hidupan akuatik dan lain-lain hidupan yang berkaitan.

Racun Paraquat ini tiada peralatan perlindungan diri yang bersesuaian menjamin keselamatan pengguna semasa aktiviti aplikasi atau masa penyemburan dimana memang masih tiada teknologi penyemburan boleh menjamin keselamatan pengguna di perkenalkan di Malaysia sehingga kini.

Akibat peningkatan kes dimana racun paraquat ini telah menyumbang jumlah kes keracunan dimana kes kematian kematian tertinggi oleh sebab racun ini.
Akibat peningkatan kes keracunan sealigus meningkatkan kadar kematian akibat keracunan menjadi punca racun ini diharamkan di negara Malaysia. Ini mungkin akibat pengguna terhidu, terminum mahupun sengaja meminum racun ini. Tambahan pula racun ini masih tiada penawarnya.

Begitulah serba sedikit fakta mengenai mengapa racun Paraquat ini diharamkan di Malaysia. Semoga ianya memberikan sedikit impak yang baik kepada pembaca akan bahayanya racun ini. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.

This entry was posted in Paraquat and tagged , , . Bookmark the permalink.