CILI JERUK


CILI JERUK adalah sejenis makanan daripada buah Cili Besar / Hijau(Capsicum annum) atau Cili Padi (Capsicum frustecens) yang mudah disediakan dan sangat diminati untuk tujuan menyedapkan makanan. Rasa cili jeruk yang pedas, masam dan masin serta agak manis menyebabkan ia akan menambah selera ketika dimakan bersama pelbagai jenis makanan kegemaran terutamanya mee goreng, mee hoon goreng, kuetiow goreng dan sebagainya. Cili jeruk bukan sahaja popular dikalangan masyarakat Melayu tetapi kini telah menjadi satu kemestian dalam makanan masakan Cina yang dihidangkan dihotel-hotel dan restoran yang menghidangkan set ‘Chinese Cuisene’. Cili Jeruk merupakan satu kaedah penyimpanan cili (chili preservation) untuk satu jangkamasa yang agak lama tanpa menghilangkan rasa pedas cili. Dengan itu, saya kongsikan ramuan pembuatan cili jeruk ini.

Bahan-bahan
1. Cili
2. Garam
3. Cuka
4. Air panas
5. Botol

Cara-cara
1. Tuang air panas
2. Rendam selama 3 minit
3. Asingkan cili dengan air
4. Masukkan ke dalam botol
5. Masukkan garam 1 setengah sudu
6. Masukkan cuka makanan sehingga penuh botol
7. Biarkan selama 3 hari

Kongsikan!
  • 16
  •  
  •  
  •  
    16
    Shares
This entry was posted in CILI JERUK and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply