CERMAI

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus accidus Skeels adalah sejenis tumbuhan yang ditanam di Malaysia. Kegunaan buah cermai adalah bahagian buahnya yang dihasilkan sepanjang tahun. Buah yang keluar daripada bahagian dahan dan batang dikutip untuk diproses dijadikan Jeruk dan Halwa. Buah di rebus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa. Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang enak. Buah cermai juga boleh di makan segar dengan di cecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman.

Pokok Cermai adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian mampu mencapai 3-9 meter iaitu seakan-akan sama dengan pokok belimbing buluh. Bentuk batang dan dahan pokok cermai berwarna coklat kehitaman dengan susunan kanopi seimbang. Daun cermai berwarna hijau muda dan berukuran 3-5 cm panjang dan 1-2 cm lebar dengan susunan bersilang tersusun rapi.

Bunga yang bersaiz kecil lazimnya keluar dari bahagian dahan dan batang pokok cermai berwarna putih kemerahan dan dalam jambak yang bersusun. Pendebungaan berlaku dengan sendiri dimana ada bunga Jantan, Bunga Betina dan ada yang Hemaprodite dan juga ada bantuan daripada serangga terutamanya semut dan juga angin. Buah yang masak akan bertukar kepada hijau kekuningan. Saiz buah lingkungan 1 – 1.5 cm garispusat dan mempunyai rasa sangat masam. Di bahagian tengah cermai ada beberapa biji benih yang berwarna kekuningan dan keras sebanyak 4-6 biji.

Penanaman cermai sesuai di kawasan tropika yang mempunyai hujan mencukupi serta tanah jenis lom berpasir. Kawasan perlu mempunyai sistem saliran yang sempurna dan cahaya matahari mencukupi untuk pastikan pembungaan dan pengeluaran buah. Penanaman cermai boleh menggunakan biji benih atau keratan batang , ‘grafting’. Penanaman menggunakan biji benih perlukan masa selama 4 tahun untuk pokok mula berbuah jika ia di bandingkan dengan cara keratan dan cantuman cuma 2-3 tahun sahaja.

Jarak penanaman 4 m x 6 m dan cantasan perlu dilakukan untuk mendapatkan dahan seimbang. Pembajaan dengan baja organik dan baja tumbesaran NPK 15:15:15 dari tahun pertama hingga tahun ke 3 dan berikan baja NPK 12:12:17:2 untuk mengeluarkan bunga dan buah.

Tanaman kontan dibuat dalam kebun untuk meningkatkan produktiviti di ladang. Pastikan kawasan tanah adalah dari jenis tanah subur dengan bahan baja organik yang mencukupi dan mempunyai sistem saliran yang baik. Cantasan awal perlu dibuat untuk mendapatkan bentuk sistem percabangan yang banyak kerana buah cermai banyak keluar daripada bahagian batang dan dahan.

Penanaman cermai dapat membantu petani mengisi kawasan tanah lapang keliling kebun atau kawasan kosong. Pokok cermai mudah dijaga dan penghasilannya juga adalah tidak mengecewakan jika dijaga dengan baik. Selain itu, dengan produk hiliran ianya mampu menjana pendapatan sebagai contoh jus cermai, teh cermai, scahet cermai dan sebagainya

Kongsikan!
  • 9
  •  
  •  
  •  
    9
    Shares
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply