BUAH DELIMA


Buah Delima (Punica granatum Linn) merupakan sejenis pokok buah-buahan tropika dan sub-tropika dari keluarga Punicaceae. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan Afghanistan dan Himalaya dan disebarkan kekawasan lain diseluruh dunia. Buah ini terkenal diseluruh dunia kerana bijinya yang macam biji delima atau ‘diamonds’. Buah delima kurang popular di tanam dan di makan di Malaysia kerana tidak banyak di tanam dan sukar untuk mendapatkan buah delima segar dipasaran. Buah delima dimakan segar, diproses untuk dijadikan jus, diekstrak untuk minyak dan juga dijadikan makanan kesihatan. Artikel kali ini saya kongsikan maklumat berkenaan tanaman delima.

Daun Delima

Pokok Delima adalah jenis pokok renek yang tumbuh menegak dengan mempunyai cabang dan ketinggian diantara 5 – 8 meter. Ianya mempunyai cabang yang agak menegak atau melempai dengan batang yang berkayu. Ia mempunyai ranting bersegi dimana ada banyak cabang yang mempunyai duri pada ketiak daunnya. Lazimnya dahan pokok adalah berwarna coklat ketika masih muda dan akan menjadi warna hijau gelap setelah tua.

Daun pokok delima jika diteliti adalah jenis daun tunggal yang bertangkai pendek dimana susunannya berkelompok. Dari segi bentuk helaian daun, ia adalah berbentuk lonjong pada pangkal daun tirus dan hujung daunnya agak tumpul. Dari segi ukuran panjang daun sekitar 1 – 9 cm dengan lebar daun 0.5 – 2.5 cm bergantung kepada umur pokok dan varietinya. Bahagian tepi daun lazimnya dikatakan rata dan urat daunnya adalah menyerong. Permukaan daun lazimnya berkilat dan agak sederhana tebal.

Buah delima berbentuk bulat dengan berwarna hijau ketika muda bertukar kepada warna kuning , merah bercampur hijau apabila masak. Buahnya mengandungi banyak biji yang deselaputi isi manis sama ada berwarna merah atau merah jambu yang lutsinar.

Bergantung kepada spesis delima, warna kulitnya banyak ragam diantara warna seperti hijau keunguan, putih, coklat kemerahan sehingga warna ungu kehitaman. Setiap buah mengandungi banyak biji diantara 200 – 1,400 biji didalamnya. Saiz bijinya adalah kecil yang mempunyai bentuk bentuknya bulat panjang yang bersegi-segi agak pipih sepertii bentuk delima. Bijinya adalah agak keras dengan susunan yang tidak teratur. Kebanyakan warna biji buah delima adalah berwarna merah, merah jambu walau pun kadang-kadang ada yang berwarna putih.

Penanaman Delima boleh ditanam menggunakan biji benih yang diambil dari varieti yang baik dan buuah telah cukup masak. Kaedah paling baik adalah dengan menggunakan keratan batang yang diperolehi dengan mengetut selepas 3-4 bulan. Lazimnya anak pokok yang ditanam menggunakan benih keratan batang lebih cepat berbuah berbanding dengan pokok dari biji benih. Jarak penanaman disyorkan adalah 3m x 3 m bergantung kepada keadaan tanah dan cara pengurusan. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan pastikan kawasan mempunyai saliran yang baik. Kawalan rumpai dijalankan secara manual dan kimia.

Pembajaan dijalankan menggunakan baja tumbesaran NPK 15:15:15 bersama baja organik mengikut jadual pembajaan. Pembajaan untuk menghasilkan bunga dan buah dijalankan pada tahun ke 3-4 dengan baja NPK 12:12:17:2. Kawalan musuh dan penyakit dijalankan mengikut kadar serangan. Terdapat sejenis rama-rama dimana ianya gemar bertelur pada daun dan ulatnya akan mengorek buah delima. Serangga penghisap daun juga menjejaskan kualiti hasil dan perlu dikawal dengan racun kimia atau kawalan secara bersepadu. Kulat Antraknos (Collectotricum spp) juga menyerang bahagian buah dan daun pokok delima.

Buah delima boleh dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus, perasa minuman, sirap, sos, sayuran ulam atau rojak (yang muda). Khasiat jus dari buah delima juga merawat batuk, demam panas, ulser mulut, melawaskan sistem penghadaman serta masaalah cirit birit. Air rebusan kulitnya juga berkesan untuk mengubati sakit perut, rawatan sakit kerongkong dan sebagainya. Ada yang menumbuk halus bunga delima dan dicampur dengan minyak bijan bagi dijadikan tampalan pada kesan terbakar. Biji delima yang dikisar dan ditelan bersama jus buah dapat mengatasi masaalah cacing pita. Baahagian daun juga jika direbus dan dicampur dengan kulit boleh digunakan untuk atasi masaalah cirit birit, hilangkan bau mulut dengan berkumur dan banyak lagi.


Produk hiliran delima

 

Untuk peralatan dan input pertanian boleh cuba lihat di kedai online MYAGRI CONSULTING

Manakala untuk kursus pertanian secara online boleh layari STARTUP MYAGRI

Kongsikan!
  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share
This entry was posted in DELIMA and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply