KEBAIKAN BUAH DELIMA

Buah delima merupakan salah satu buah yang sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya di seluruh dunia. Buah tersebut berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain. Buah ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.

Buah delima juga popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Perkara ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu! Jus buah delima mengandungi anti oksida seperti anthocyanin dan asid ellagik, gallic acids, dan flavanoids seperti quercetin yang mana boleh melindungi anda daripada kencing manis (diabetes), sakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser yang lain. Artikel kali ini saya kongsikan kebaikan delima dari sudut kecantikan.

Antara kelebihan delima adalah:

1) Melindungi Daripada Cahaya Matahari
Buah delima dapat melindungi kulit daripada sun burn dan merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah dengan cahaya matahari. Tambahan lagi, ia boleh melindungi kulit daripada radikal bebas matahari, yang boleb menyebabkan kanser. Minyak dalam buah delima mempunyai anti oksida yang boleh membantut perbentukan tumor dan barah kulit.

2) Lambatkan Proses Penuaan
Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.

3) Mengekalkan Awet Muda
Buah delima mempunyai kandungan yang boleb melembutkan kulit dan wajah. Pada masa yang sama menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit.

4) Memulihkan Kulit Yang Kering
Buah delima ada kalanya dimuatkan dalam produk-produk kecantikan kerana ia mempunyai struktur molekul yang boleh masuk ke dalam lapisam kulit dan memberikan kelembapan tambahan. Buah delima mengandungi punicic acid, satu bentuk omega 3 yang mengekalkan tahap kelembapan pada kulit.

5) Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat
Buah delima sangat berguna kepada kulit yang berminyak dan berjerawat juga. Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.

6) Buah Delima Sebagai Face Mask.
Campurkan 1 sudu teh powdered green papaya, grape seed oil, dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.

7) Merawat Keguguran Rambut.
Minum jus delima secara berkala boleh menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.

Artikel lanjut berkenaan pengendalian lepas tuai buah – buahan boleh klik di sini untuk mengetahui tekniknya.

Untuk peralatan dan input pertanian boleh cuba lihat di kedai online MYAGRI CONSULTING

Manakala untuk kursus pertanian secara online boleh layari STARTUP MYAGRI

Kongsikan!
  • 7
  •  
  •  
  •  
    7
    Shares
This entry was posted in DELIMA and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply