KERENGGA- MUSUH @ KAWAN


Kerengga adalah jenis serangga yang memainkan peranan penting dalam ekosistem semulajadi disekeliling kita. Kalau anda pernah digigit kerengga atau pun digigit semut ketika memanjat pokok mangga atau rambutan mungkina anda akan marah sekali kerana sakit gigitan. Kadang kala ada yang akan menjerit kena gigitannya membuat kita mengaduh-aduh. Serangan ini adalah semulajadi kerana sebenarnya anda telah mendekati koloni dan sarangnya serta teritorinya dan dianggap sebagai musuh mereka. Maka amat wajar kerengga mengigit agar kita ladri jauh dari kawasan tinggalnya. Ini desebabkan mereka membuat sarangnya pada daun-daun pokok buah-buahan. Selalunya populasi mereka boleh mencapai ratusan ekor dan mempunyai teritori serta terkenal agresif dalam usaha untuk mempertahankan wilayahnya. Itulah dia jenis serangga dipanggil Kerengga (Oecophylla smaragdina).

Sebahagian negara luar telah pun menggunakan jenis semut Kerengga Afrika(Oecophylla longinoda) untuk mengawal serangga perosak pada tanaman koko. Kehadiran semut hitam dan kerengga ini ternyata mampu mengurangkan dua jenis penyakit serius yang disebabkan oleh virus dan kulat iaitu dengan jalan menyerang dan membunuh kutu daun yang menjadi penyebar penyakit ini. Kehadiran kutu daun sangat merugikan tanaman koko kerana ia menghisap cairan tanaman dan semut hitam serta kerengga akan makan kutu daun ini dimana ia mampu kurangkan atau musnahkan perosak tersebut.

Sarang Kerengga

Cara pengendalian seperti ini kita kenal sebagai “biological control” dan ini merupakan contoh tertua diamalkan dalam sejarah pertanian. Penggunaan kerengga sebagai hidupan biokontrol ternyata sudah dilakukan pula oleh sebahagian penduduk dunia. Sebenarnya bukan itu saja manfaat yang diberikan kerengga kepada manusia. Dengan sifatnya yang sangat peka terhadap perubahan udara dimana manusia akan dapat menggunakan semut ini sebagai indikator keadaan udara di dipersekitaran. Kerengga amat suka menyukai persekitaran yang berudara bersih. Jangankan asap kilang atau asap kendaraan bermotor bahkan asap yang berasal dari aktiviti pembakaran sampah di kebun saja dapat membuat mereka lari dari lokasi. Ini menyebabkan di Kuala Lumpur atau di bandar besar lainnya kita semakin sukar jumpa sarang kerengga pada pokok tepi jalan sesak.

Kadang-kadang jarang kita mendapati kerengga dalam suatu kawasan kebun. Akibat penggunaan racun kimia seperti racun serangga yang tidak dikawal ia membunuh serangga perosak dan juga serangga berfaedah seperti kerengga. Ini tidak termasuk oleh aktiviti manusia yang memburu sarang kerengga untuk diambil telurnya bagi digunakan semasa memancing ikan sebagai umpan. Selain itu telur kerangga adalah sumber protin yang sangat berharga untuk diberikan kepada burung dalam sangkar.

Kongsikan!
  • 5
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares
This entry was posted in Kerengga, Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply