UDANG KERING

Udang kering merupakan salah satu produk hasilan laut. Ia terhasil daripada udang yang bersaiz kecil yang dikeringkan untuk kegunaan perasa dalam masakan terutamanya dikalangan masyarakat Melayu. Pengeluaran udang kering banyak diusahakan di kawasan perairan seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Filipina. Pengeluar utama udang kering di Malaysia ialah Negeri Sabah yang menghasilkan hampir 35% dari jumlah pengeluaran udang kering negara.

Udang Kering

Proses penyediaan hasil laut ini dimulakan dengan mengumpulkan udang yang bersaiz kecil mengikut spesis dan kualiti. Udang yang bersaiz besar tidak sesuai untuk dijadikan hasil produk seperti ini. Hal ini kerana harganya yang lebih mahal jika dijual segar. Malah, ia lambat untuk kering jika dijemur dibawah sinaran matahari dan menyebabkan ia berbau busuk.

Langkah seterusnya ialah merebus. Kepala udang perlulah dibuang sebelum direbus. Garam perlu ditambah ke dalam air rebusan untuk berfungsi sebagai bahan pengawet. Udang yang siap direbus akan ditoskan sehingga agak kering. Setelah itu, susun udang tersebut diatas tikar, bekas taking, zink mahupun papan lapis khas sebelum dijemur.

Udang Kering

Letakkan bekas jemuran tadi diatas para untuk dijemur bawah sinaran matahari sehingga ianya cukup kering. Udang yang berwarna kelabu akan bertukar warna kepada warna merah terang, merah gelap dan merah kekuningan bergantung kepada spesis udang itu sendiri dan kaedah pemprosesan. Setelah udang yang dijemur tadi betul-betul kering, ia bersedia untuk dimasukkan ke dalam plastik yang kedap udara.

Udang KeringUdang Kering

Udang kering yang segar dijual pada harga RM30 hingga RM50 sekilogram bergantung kepada lokasi dan kualitinya. Lazimnya, udang kering dijual dalam bentuk paket-paket kecil yang biasa dilihat di pasar. Ia dijual dengan harga RM2.00 ke RM5.00 sepaket dengan berat 100-150 gram sahaja.

Rasa udang kering adalah lemak masin. Ia tahan jika disimpan lama apatah lagi jika ia dimasukkan ke dalam peti sejuk. Permintaan udang kering sentiasa tinggi terutamanya dalam kalangan masyarakat tempatan. Masyarakat melayu khususnya gemar menggunakan udang kering sebagai bahan asas dalam masakan seperti mee bandung, sambal udang dan juga beberapa menu masakan yang lain.

Kongsikan!
  • 1
  •  
  •  
  •  
    1
    Share
This entry was posted in Udang Kering and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply